Nike Keluarkan Kasut Bertemakan PlayStation 1 - PG2.5 X PlayStation

GAYA HIDUP
November 22, 2018 - 03:45 PM


Jika korang perasan lah Nike sebelum ini ada keluarkan kasut bertemakan “controller” Dual Shock PlayStation seperti gambar dibawah.

Sekarang Nike hidangkan kita dengan kasut bertemakan PlayStation konsol pula. Tema warna sebijik macam konsol video game yang pertama sekali diperkenalkan di penghujung tahun 1994 di Jepun dan seluruh dunia pada tahun 1995.

Seperti kasut yang sebelumnya Nike menggunakan model PG tetapi versi terbaru 2.5. Kalau dilihat dari gambar-gambar yang diberi memang menggamit nostalgia. Tiada maklumat tentang berapa unit produksi ataupun jika kasut ni dibawa mauk ke Malaysia oleh Nike ke tidak. Tetapi dijangkakan tersedia dijual pada Disember 1 tahun ini. Kalau yang "Sneaker Head" tu tahu le macam mana nak beli ye tak?