oBike – Bukti Mentaliti Segelintir Masyarakat Malaysia Teruk

GAYA HIDUP
September 15, 2017 - 10:42 AM


Teruk ke mentaliti rakyat Malaysia ni sebenarnya? Dari pada masuk simpang tak bagi signal, potong queue, parking dekat tempat OKU, macam – macam lagi lah… Ini semua bukti yang sebenarnya mentality rakyat negara ini teruk. Penat dalam TV dan Radio promote toleransi, bersatu padu, bertolak ansur, semua tu masuk telinga kiri, keluar kanan.

Tapi… bukan semua. Ada yang bagus macam dahulukan yang tua, bagi seat dekat yang lebih memerlukan dan macam – macam lagi lah.

Apa kaitan mentaliti teruk dengan oBike?

Macam ni, kita sedia maklum yang oBike ini adalah Platform Perkongsian Basikal Tanpa Stesen Malaysia yang pertama. Kita hanya perlu download apps oBike, dan bila kita nak guna basikal yang disediakan oleh mereka, kita hanya perlu scan kod QR pada basikal tersebut untuk buka kunci dan start pengiraan. 

Harga, untuk 15 minit adalah Rm1. Ha, singgit je untuk 15 minit. Buat masa sekarang ni, oBike ni banyak di kawasan KL dan PJ. Best bila ada syarikat yang keluarkan benda – benda macamni.

Yang takbestnya, baru-baru ini dalam satu laporan daripada the Star ada mengatakan yang MBPJ dan akan mengeluarkan denda seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Jalan, Saliran dan Bangunan Seksyen 46 (1) (d) untuk halangan di tempat awam.

Sebenarnya, jika kita baca balik syarat-syarat pengunaan oBike dekat website mereka, mereka ada nyatakan dimana sepatutnya basikal tersebut perlu ditinggalkan selepas anda selesai gunakannya.

Bukan macam ni....

 

Tempat – tempat yang dibenarkan adalah :

  • Petak parkir khas oBike
  • Tempat letak basikal awam
  • Kawasan parkir khas oBike yang ditunjukkan dalam aplikasi

Jadi jangan lah lepas ni parking dekat tempat yang tak sepatutnya. Contoh, tempat yang menghalang laluan pejalan kaki, kawasan persendirian, tinggalkan tepi jalan atau.... sangkut dekat pokok... 

 

Hehehe... Pandai guna, pandai pulangkan ye… =D

 

Sumber : The Star | oBike