Oh, Ada Fungsi Sebenarnya Warna Dekat Cermin Mata Hitam Ni...

GAYA HIDUP
April 17, 2018 - 02:08 PM


Cermin mata gelap atau shades pada hakikatnya hanyalah sebuah aksesori tambahan. Namun sejak berlakunya peredaran zaman, penggunaan cermin mata hitam ni lebih daripada sekadar aksesori.

Kalau dulu, betul hanya ada kanta berwarna hitam sahaja, tapi kini dah ada macam-macam warna dan tak ramai yang tahu setiap warna pada cermin mata tersebut ada fungsinya dan kegunaannya yang betul.

Dalam pasaran, ada 7 warna yang sering dijadikan kanta untuk cermin mata dan ini fungsi dan kegunaannya mengikut warna dengan betul.

 

#1. Kelabu/Hitam

Untuk kegunaan harian, warna kelabu atau hitam adalah pilihan terbaik. Warna gelap ini memaparkan warna sebenar dan memberikan perlindungan terbaik daripada sinaran matahari.

Untuk cermin mata yang berwarna gelap ini, sesuai digunakan pada hari yang panas dan ketika melakukan aktiviti luar dibawah matahari.

 

#2. Kuning/Oren

Sekiranya hari tak terlalu terik, atau mendung, pilihlah cermin yang mempunyai kanta yang berwarna kuning, oren atau kombinasi kedua-duanya.

Selain memberikan penglihatan yang tepat, kanta ini juga menghalang cahaya berwarna biru. Untuk kegunaan harian, kanta ini sesuai untuk menembak atau aktiviti ski.

Sebab tu kalau perasan, banyak goggle yang dipakai oleh pemain ski akan berwarna kuning sikit.

 

#3. Coklat

Kanta warna coklat ni sangat sesuai dipakai pada hari yang mendung. Disebabkan ada kombinasi kuning sedikit pada kanta coklat ini, ia akan menghalang cahaya biru dan juga hijau daripada masuk ke mata.

Selain boleh menenangkan, kanta berwarna coklat ini boleh memberikan kesan ‘penyejukan’ pada mata. Untuk kegunaan sesuai, gunakan untuk bermain golf atau menembak.

 

#4. Hijau

Jika nak sesuatu yang versatile dan lebih trendy, gunalah kanta yang berwarna hijau. Selain dia memperlihatkan semua warna yang sama, kanta hijau ni paling sesuai digunakan sewaktu hari hujan mahupun panas.

Selain warnanya yang sejuk dan neutral, kanta berwarna hijau ni boleh melindungi mata daripada cahaya terik.

 

#5. Ungu/Merah

Kebiasaannya, kanta berwarna ungu atau campuran kedua-dua warna ini boleh memberikan kontra kepada warna biru dan juga hijau.

Selalunya, kanta berwarna ini susah nak dijumpai sebab ia selalu digunakan dalam aktiviti luar seperti berbasikal dan berski.

 

#6. Biru

Sekiranya hari berkabus atau hujan lebat, elok gunakan kanta warna biru.

Selain dapat memberikan pemandangan yang jelas, kanta biru boleh digunakan untuk memancing dan segala aktiviti yang perlukan penglihatan yang jelas.

Ideanya disini adalah kita perlu menghalang cahaya yang secara tak langsung dapat menjejaskan pandangan. Sebagai contoh, kanta biru dapat menghalang cahaya putih dan boleh berikan pemandangan yang jelas.

 

#7. Polarized

Kanta berpolarized ni tujuannya menghalang cahaya UV yang berbahaya. Selain mengurangkan silau, kanta ini akan memantulkan cahaya UV serta memberikan pandangan yang lebih baik.

Sebabtu kebanyakan cermin mata, waima yang dijual dekat pasar malam pun dah mula jual cermin mata yang berpolarized.

So, lepas ni, jangan salah pilih okay...

 

=aj=