Padah Muat Naik Video Hina Islam, Lelaki Didenda RM 50,000!

GAYA HIDUP
July 21, 2022 - 04:45 PM


Antara klip video yang menggemparkan negara, seorang lelaki memaki hamun, mengina secara terus Nabi Muhammad dan agama mengundang kemarahan netizen sehingga menyebabkan beliau dipukul sebelum ditahan polis.

Lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan itu didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi satu rakaman video di saluran YouTube miliknya pada Sabtu lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Ketika menjatuhi hukuman, Hakim Ahmad Rizki menasihati tertuduh supaya insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Nor’Muzil didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi bersifat jelik melalui perkhidmatan aplikasi YouTube dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang telah dilihat pada pukul 11.15 malam di hadapan sebuah stesen minyak di Cyberjaya, 16 Julai lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 233(3) akta sama.

Destination: