Pasangan Anda Datang Bulan? Ini Yang Patut Anda Sebagai Lelaki Lakukan…

GAYA HIDUP
June 25, 2018 - 12:23 PM


Dengan mood swing, kesakitan yang diorang sendiri tak boleh nak explain dan emosi yang naik turun, situasi-situasi macam ni sebenarnya agak mencabar dan merupakan waktu genting buat para lelaki kat luar sana. Baik kata girilfriend mahupun isteri, setiap bulan pasti diorang akan mengalami PMS atau premenstrual syndrome sebelum kedatangan haid. 

Kebiasaannya, PMS ini akan datang seminggu atau dua minggu sebelum kedatangan haid. Pada waktu ini, biasanya para wanita akan mengalami beberapa simtom seperti perubahan mood, penat dan macam-macam lagilah.

Sebagai seorang lelaki, kebiasannya kita jarang dapat agak atau ramai yang sebenarnya tak tahu macam mana nak ‘handle’ pasangan ketika diorang alami PMS ni.

Ini ada beberapa perkara yang lelaki boleh buat semasa pasangan korang alami PMS.

 

#1. Perhatian & Perasaan

Pada waktu kejadian PMS ini, kebiasannya partner korang ni akan jadi extra sensitif. Mesej ‘k’ sahaja pun boleh buat diorang menitiskan airmata. Ini normal ye, abang abang sekalian. Dan diorang bukan buat-buat.

Caranya mudah, bagi lebih perhatian. Jadi extra romantik. Balik kerja, manjakan isteri tu. Ye saya ulang, isteri. Kalau pasangan yang belum kahwin, boleh tenangkan pasangan dengan ayat-ayat manis. Hehe.

Pokoknya, diorang nak perhatian. Mudah. Bagi perhatian extra, ikat tepi.

 

#2. Elakkan Komen Negatif

Sama macam apa yang Aj cakap dekat atas tadi, emosi para wanita saat PMS ni sangat tak stabil. Diorang mudah jadi pemarah, dan susah nak tenang. Jadi, kalau nak bagi pendapat tu, hati-hati dalam memilih perkataan.

Jangan bagi sesuatu yang negatif. Dah la perut diorang tengah sakit, ditambah pulak dengan sakit dari perkatan dan komen negatif korang tu.

Lagi satu, JANGAN sesekali sebut pasal berat badan. Just don't

 

#3. Kejutan

Ini bukan kejutan korang bagi elektrik shock dekat diorang tau! Ini kejutan dari segi belikan lah cokelat atau bunga untuk pasangan korang tu.

Kalau nak romantik lagi, bawak diorang keluar makan dekat tempat makan kegemaran dia. Tapi, dalam masa yang sama, korang kena tahan la kalau dia ‘cranky’ sepanjang perjalanan.

Kunci dia dekat sini : MANJAKAN pasangan. Alah, sebulan sekali je macam ni. Layankan ajelah kehendak diorang tu. Kata dah janji nak sehidup semati…

 

#4. Amik Tahu Kitaran Haid

Dalam banyak-banyak cara, ini yang paling efektif nak tangani PMS pasangan korang. Bila dah tahu kitaran haid dia, dan korang tahu bila dia akan hadapi ‘mood swing’ dan korang dah boleh bersedia.

Secara tak langsung, bila tiba waktu PMS nanti, at least korang dah faham kenapa dia berperangai camgitu. Bila dah ada tanda-tanda, layan lah dia seadanya. Okay?

p/s: bukan perempuan je tau kena amik tahu pasal kitaran haid ni, lelaki pun kena tahu...

 

#5. Tolong Kerja Rumah

Kalau korang dah selalu buat kerja rumah, bagus. Sebenarnya, semasa kedatangan haid ni, lebih banyak rehat yang diorang dapat, lagi kuranglah kesakitan yang dialami.

Setakat basuh pinggan, mendobi, apelah sangat kan. Angkat besi berkilo-kilo mampu, takkan nak basuh pinggan seketul-dua tak boleh.

 

#6. Jangan Biarkan Pasangan Rasa Tak Diperlukan

Walaupun kadangkala perangai pasangan korang ni menjengkelkan, tapi itu bukan alasan korang nak jauhkan diri daripada diorang. Sepatutnya, layanan yang diberikan, sama atau extra sweet kalau diorang tengah PMS okay?

Selain tu, boleh standby selimut dekat sebelah isteri pada waktu malam. Sebabnya, suhu badan diorang tak menentu masa kedatangan haid. Jadi kalau sejuk, selimutkanlah. 

 

#7. JANGAN Amik Hati

Ini point paling penting. Kalau ada berlaku pergaduhan kecil masa pasangan korang PMS, lelaki-lelaki kat luar sana tolong jangan amik hati. Kadangkala, diorang akan marah tak tentu pasal, kita layankan aje.

Memang emosi dia macam tu, dia sendiri pun tak mintak. Ia disebabkan perubahan hormon, bukannya diorang nak sangat marah kat korang.

So, Aj dah share tips ni, lepas ni amik berat sikit ye kalau pasangan korang hadapi PMS. Jangan buat hal sendiri pulak..

 

=Aj =