Pawagam 4DX Pertama Di Malaysia Kini Di GSC 1 Utama



Baru-baru ini kami berpeluang untuk merasai sendiri Pawagam 4DX pertama di Malaysia di GSC 1 Utama untuk filem Bumlebee. Kesan khas pergerakan serta persekitaran yang ditawarkan pastinya akan mengujakan anda dimana kerusi ‘motion’ akan bergerak selari dengan aksi di skrin seperti apabila Bumblebee berlawan dengan Decepticons yang pastinya akan membuat anda tidak boleh tidur dalam wayang disebabkan kerusi bergerak dan anda akan berasa berdebar seperti anda menaiki roller coaster.

Bukan setakat itu sahaja, malah ada juga kesan salji, petir dan bau mengikut situasi di dalam filem. Paling tak tahan apabila babak percikkan air dan ketika Decepticons terbang anda akan merasai angin yang sejuk seperti anda berada di udara. Jadi kalau nak tengok filem yang ada babak sejuk, kami cadangkan anda bawa sweater yang sesuai sebab sejuk di lain macam sikit. Macam berada kat tempat kejadian.


Ms. Koh Mei Lee, Chief Executive Officer, GSC with Mr. Irving Chee, General Manager, GSC and Mr. Heng Beng Fatt, Deputy General Manager, GSC at GSC1Utama, the first 4DX cinema in the Klang Valley

Pengalaman menonton wayang dengan teknologi sinematik empat dimensi (4D) ini dilengkapi dengan lebih 20 jenis kesan khas pergerakan serta persekitaran akan membuat anda seperti dalam filem iaitu merasai apa yang watak dalam filem rasa seperti terhempas, dan lain-lain. Antara efek-efek lain yang ada di wayang 4D ini, terdapat salji, hujan, asap, lampu strobe, belon dan banyak lagi.


Kesan buih


Kesan air, bersedia untuk basah. 


Yang ni best, siap ada salji lagi

Selain itu, GSC juga bercadang untuk memperkenalkan dua lagi panggung 4DX pada tahun hadapan meliputi GSC IOI City Mall, Putrajaya dan GSC Southkey, Johor Bahru. Jika sebelum ini, GSC memperkenalkan pawagam 4DX ini di GSC Paradigm Mall, Johor, kini anda yang berada di Lembah Klang boleh merasai sendiri pengalaman yang pastinya akan memberikan anda satu kelainan.

Korang yang nak rasa pengalaman ini boleh menonton wayang dengan 4DX yang akan memberikan anda satu pengalaman baharu di GSC 1 Utama.