Pemandu Myvi Merah Serah Diri Di Balai Polis Setelah Viral Memandu Secara Berbahaya

GAYA HIDUP
January 04, 2022 - 11:56 AM


Ahad lepas tular satu video di mana sebuah myvi merah yang memandu secara bahaya. Namun setelah beberapa hari video tersebut disebarkan, tuan badan kepada kereta myvi tersebut menyerah diri.

Lelaki yang juga seorang penuntut di sebuah politeknik menyerah diri kepada pihak polis selepas menyedari kesalahannya memandu kereta Perodua Myvi secara melulu. 

Lelaki berusia 21 tahun itu hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Port Dickson pada jam 1.50 petang, semalam. Siasatan masih lagi dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan lain. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video dashcam yang viral tersebut menunjukkan sebuah kereta Myvi berwarna merah dipandu secara melulu dan merbahaya dengan memotong sebuah kereta secara tiba-tiba untuk pasuk ke sebuah persimpangan berhampiran Balai Polis Port Dickson.

 

Sumber: Pandulaju.com

 

Destination: