Pengemar Teh ‘BOH’ Kini Boleh Dapatkan 2 Variasi Baru

GAYA HIDUP
March 02, 2018 - 10:15 AM


Selain kopi, teh juga merupakan minuman kegemaran ramai orang di Malaysia. Kalau waktu pagi, ramai yang memilih untuk menikmati secawan teh tarik bersama sarapan mereka.

Salah satu jenama teh terkemuka di Malaysia, BOH dikatakan telah mengeluarkan teh yang dinikmati oleh serata dunia sejak pengenalannya pada 1929.

Terkini, boh telah melancarkan dua variasi baharu iaitu Boh Earl Grey dan Boh English Breakfast Tea rasanya sebelum ini ada Boh keluarkan tapi itu untuk siri ‘Seri Songket’.

Kalau nak ikutkan, Earl Grey ini merupakan salah satu variasi teh yang cukup digemari di serata dunia kerana mempunyai rasa yang unik. Untuk mendapatkan kombinasi yang sempurna, teh Earl Grey ini seeloknya dinikmati bersama kek atau brownies yang berasaskan lemon.

Sebabnya ia akan menaikkan rasa sitrus yang ada pada teh tersebut.

Selain itu, variasi yang kedua dikeluarkan oleh Boh adalah English Breakfast. Juga antara variasi teh pilihan ramai di serata dunia kerana rasanya yang boleh membangkitkan suasana pagi.

 

Menurut laporan, kedua-dua teh ini telah berada di pasaran dengan harga RM8.90 untuk sekotak yang mempunyai 20 sachet.

Walaupun ada banyak lagi jenama yang lebih awal keluarkan variasi Earl Grey dan English Breakfast ni di pasaraya-pasaraya di Malaysia, apa kata kita cuba variasi oleh syarikat tempatan ni.

Kita tengok boleh pegi jauh atau tak…