Pengganti Harambe Diperkenalkan Di Zoo Cincinnati

GAYA HIDUP
September 18, 2017 - 05:51 PM


Siapa ingat dekat Harambe? Gorilla yang dibunuh di Cincinnati Zoo tahun lepas?

Ha, kalau siapa takt ahu pasal Harambe ni, ia adalah seekor Gorilla yang berusia 17 tahun. Harambe telah ditembak dan dibunuh selepas seorang budak lelaki berusia 3 tahun jatuh ke kandang haiwan pada Mei 2016.

Pada masa tu, memang kecoh la sosial media yang menghentam tindakan Cincinnati Zoo tu. Iyelah, haiwan tak bersalah dibunuh atas kecuaian manusia.

Harambe ditembak kerana bila dipanggil oleh jurulatih, gorila jantan itu terlalu terganggu dan tidak berundur ke tempat perlindungannya. Staf kemudian membuat keputusan untuk membunuh Harambe, dan ia telah dikritik teruk di media sosial selama beberapa bulan selepas itu.

Namun, baru – baru ini seekor gorilla bernama Mshindi (ma-shin-di) berusia 29 tahun, dipindahkan dari Zoo Louisville dan dimasukkan ke dalam persekitaran barunya di Zoo Cincinnati. Mshindi ini ditempatkan bersama dua ekor gorilla betina yang sedia ada di zoo berkenaan.

Sejak kejadian ketika Harambe dibunuh tahun lalu viral, Zoo Cincinnati membuat pengubahsuaian utama ke habitat Gorila Dunia disana.

"Kami bekerja rapat dengan kakitangan gorilla Louisville Zoo untuk mempelajari perilaku Mshindi,ini penting untuk mengetahui apa yang disukainya dan tidak" kata Ron Evans, Curator of Primates di zoo tersebut.  Ketiga – tiga Gorilla tersebut akan dirotate di Habitat Dunia Gorilla itu, sehinggalah ia ditutup pada 3 Oktober nanti untuk pemindahan.

 

Harapnya, kejadian yang sama tak berulang lagi lah…

 

Sumber : Fox 19 | Cincinnati Zoo