Pertama Kali Ke Jepun? Jangkakan 6 Perkara Ini



Jepun merupakan salah satu destinasi popular dalam kalangan traveller dari Malaysia. Baik yang pergi untuk main salji, mahupun untuk mengagumi keindahan bunga sakura mekar.

Walaupun negara tersebut sangat maju, namun Jepun masih mengekalkan warisan dan tradisi negara mereka dan perkara inilah membuatkan negara mereka sangat unik.

Ada bermacam dan pelbagai tarikan yang korang boleh lakukan di Jepun selain menikmati makanan-makanan yang sinonim dengan Jepun seperti sushi dan wagyu beef.

Kalau korang ada perancangan untuk ke Jepun dan ini merupakan kali pertama nak ke sana, jangkakan 6 perkara ini…

#1. Kena Bukak Kasut Selalu

Untuk pelancong Malaysia, kita tak ada masalah sebab budaya kita memang dah biasakan buka kasut sebelum masuk rumah. Tapi, ada sesetengah restoran terutamanya yang tradisional memerlukan korang buka kasut, jadi pastikan tak pakai stoking berlubang lah. Hehe.

 

#2. Percakapan Itik Dan Ayam

Jepun memang terkenal dengan negara yang memartabatkan bahasa mereka, tetapi dalam dunia moden sekarang ni, dah ramai yang boleh dan fasih berbahasa Inggeris. Majoriti boleh dikatakan sangat membantu dan sebaik mungkin untuk tolong kita kalau tersesat. Jadi, jangan risau ye.

Untuk kemudahan, download lah apa-apa aplikasi yang membantu korang berkomunikasi. Google sekarang pun dah boleh cakap dan dia akan translatekan.

 


Pilihan Editor

Sebelum Melancong Ke Jepun, Ini 7 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

17 Etika Perlu Traveler Malaysia Tahu Ketika Bercuti Di Jepun​


 

#3. Pelbagai Jenis Produk Dijual Dekat Kedai Serbaneka / Vending Machine

Kedai serbaneka di Jepun boleh kata semua barangan ada, selain kedai serbaneka diorang punya vending machine pun macam-macam ada. Jual barang elektronik, makanan dan macam-macam lah.

Selain rangkaian produk yang banyak, korang boleh rambang mata lah bila masuk ke kedai serbaneka diorang ni. Kita dekat Malaysia nib oleh kata ‘jakun’ jugak lah. Contoh mudah, korang masuk Family Mart dekat sini. Bayangkan dekat sana, memang lagi banyak lah pilihan.

 

#4. Ada Cara Yang SALAH Memegang Chopstik

Dekat sini kalau dapat makan guna chopstick dekat Sushi King tu dah kira power habis lah. Hehe. Sebenarnya ad acara dan etika dalam memegang choptsik, tapi kami akan kongsikan dalam entri lain lah pulak.

Cuma, korang kena elakkan ‘cucuk’ makanan menggunakan chopstick dan letakkan chopstick kalau nak bercakap. Lagi satu, ambil makanan letak dalam pinggan sendiri dahulu, bukan terus ke mulut.

 

#5. Tong Sampah Sikit

Ini salah satu contoh disiplin rakyat Jepun yang sukar untuk ditiru oleh mana-mana negara. Walaupun jumlah tong sampah di kawasan awam adalah sedikit, tapi jalan raya dan persekitaran diorang sangat bersih. Susah nak jumpa sampah.

Dekat sana, diorang amalkan ‘simpan’ dulu sampah dan buang bila di rumah atau hotel sahaja. Korang jangan pulak buat macam dekat Malaysia, dekat situ bukak plastik, dekat situ jugak korang buang. Simpan dalam poket atau sediakan plastik khas untuk korang kumpul sampah korang ye. Buang dekat tempat sepatutnya.

 

#6. Rasa Sentiasa Selamat

Walaupun terkenal dengan kumpulan gangster ‘Yakuza’, Jepun sebenarnya mempunyai paras jenayah yang sangat rendah dan kita sebagai pelancong rasa sangat selamat untuk berjalan-jalan walaupun berseorangan.

Korang akan perasan yang diorang ini akan menghormati kita dan suka membantu.