Petua Mujarab Untuk Mengurangkan Sakit Gigi



Sakit gigi ni memang semua orang akan rasa, boleh kata kalau sakit gigi ni semua benda akan jadi tak kena sebab saraf gigi bersambung dengan semua saraf-saraf lain. 

Kalau sakit gigi ni memang tak leh bawa bincang dah. Orang buat hal sikit pun rasa nak sepak jer kan. Banyak petua yang kita dengar sebelum ni, kumur dengan listering, makan ais krim vanilla, kumur dengan essen vanilla, letak gambar sarawak. Tapi ramai tak tahu bawang putih pun boleh mengurangkan sakit gigi sebenarnya.

Bagaimana Cara Menghilangkan Rasa Sakit Gigi Dengan Bawang?

Bawang putih bersifat antibiotik dan sangat efektif untuk mengurangkan rasa sakit gigi.

Caranya ialah:

1. Ambil satu labu bawang putih.

2. Kupas kulitnya.

3. Tumbuk sehingga halus.

4. Tambahkan sedikit garam.

5. Kemudian oleskan pada bahagian gigi yang sakit.

6. Ulangi langkah rawatan ini beberapa kali atau beberapa hari untuk menghilangkan rasa sakit tersebut.

Jadi, dengan tip mudah ini sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan rasa sakit gigi selain meringankan kos bertemu doktor atau membeli ubat tahan sakit serta meredakan emosi anda.

Selamat mencuba