Produk Kosmetik Dari Korea Ditarik Balik Dari Pasaran Kerana Berbahaya



Jika anda penggemar produk kecantikan dari Korea, sila amik serius tentang perkara ini. Baru-baru ini, Kementerian di Korea mengesahkan dan mendedahkan sekitar 13 jenis produk yang dijual di pasaran didapati mengandungi kandungan antimoni yang berlebihan.

Kebanyakkan produk yang dinyatakan mempunyai status ODM ataupun produk yang dikilang secara langsung oleh pereka bentuk asal iaitu Hwasung Cosmetic.

Syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan produk kosmetik di Korea ini didapati bersalah kerana mengeluarkan produk yang mengandungi kandugan antimoni yang berlebihan daripada yang dibenarkan kandungan antimoni berlebihan ini boleh membuatkan kepala menjadi pening dan juga kemurungan. 

Antimoni termasuk dalam logam berat dan penggunaan produk yang mengandungi antimoni yang berlebihan boleh mendatangkan sakit seperti kegatalan pada mata, iritasi pada kulit dan memberi kesan kepada paru-paru. 

Di Korea, pihak kementerian telah menarik balik penjualan 13 produk yang dijual di 8 syarikat termasuklah Etude House, SKEDA, Skinfood, Aritaum dan lain-lain.

Berikut adalah senarai produk yang tidak selamat dan ditarik balik dari pasaran :

 

ARITAUM

Full Cover Stick Concealer 2g (#01 Light Beige & #02 Natural Beige)

Full Cover Cream Concealer 2.5g (#01 Light Beige & Natural Beige & #02 Olive Green & Pink)

 

 

ETUDE HOUSE

AC Clean Up Mild Concealer

 

Drawing Eye Brow Pencil #03 Brown

XTM STYLE HOMME

For Men Easy Stick Concealer 2.2g

 

BLACK MONSTER

Black Erasing Pen 2.2g Men Face Concealer

 

SKEDA

Homme Spot Concealer

 

SKINFOOD

Cherry Full Lip Liner (Rose Cherry)

 

3CE

Slim Eyebrow Pencil (Chestnut Brown)

 

MAKEHEAL

Naked Slip Brow Pencil BR0203

Naked Slip Brow Pencil YL0801

 

Dah ada senarai ni, cuba tengok koleksi barangan kosmetik dalam beg tu, ada tak produk-produk yang ada dalam senarai ni, kalau ada, buanglah. Pakai jenama lain dahulu…