Program Eat Travel Ride, Bawa Media Kembara Ke Johor Dengan Harley Davidson!

GAYA HIDUP
December 12, 2017 - 11:46 AM


Program Eat Travel Ride (ETR) ini adalah anjuran Kementerian Pelancongan atau lebih sinonim dengan singkatan MOTAC dengan kerjasama daripada majalah Gaya Travel. Merupakan program lanjutan daripada program Eat,Travel, Write, Doodle (ETWD).

Program ini pada dasarnya terdiri daripada kumpulan media yang akan mengembara ke tempat-tempat yang menarik.

Selain itu, mereka akan dibawa menikmati pelbagai makanan tempatan yang terkenal. Pengalaman yang diperolehi oleh para media ini kemudian dikongsi di media massa dalam bentuk penulisan atau gambar di media sosial.

Menerusi #sayangMalaysia, MOTAC mensasarkan perkongsian daripada media ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia.

Bersempena dengan ETR2017 ni, apa yang menarik adalah kembara mereka disertai oleh kumpulan motorsikal KIngz ataupun Kingz Motorcycle Group Malaysia. Seramai kira-kira 70 ahli dari Kingz atau disebut Kingzmen telah menyertai kembara ini.

Untuk para media, ini merupakan peluang untuk menimba pengalaman mengembara melalui sisi pandang seorang ‘rider’.

Untuk ETR2017 kali ini, konvoi Kingz Motorcycle Group Malaysia ini singgah di Melaka, bermalam di Johor dan terus ke Singapura.

Ini antara gambar yang sempat kami ambil sepanjang program tersebut.