Prototaip Basikal Tanpa Rantai Oleh CeramicSpeed Diperkenal Di Eurobike

GAYA HIDUP
July 11, 2018 - 02:40 PM


Sebelum kita cerita pasal basikal konsep atau prototaip daripada CeramicSpeed ni, Aj nak cerita pasal Eurobike dulu.

Apa tu Eurobike?

Eurobike ni pameran perdaganan basikan antarabangsa yang diadakan pada setiap tahun dan dah bermula sejak tahun 1991 lagi. Uniknya, pameran ini akan berlaku pada minggu pertama bulan September dan diadakan di Friedrichshafen, salah satu pusat pameran terbesar dan moden di German.

Kebiasaannya, mana syarikat pengeluar basikal akan pamerkan basikal-basikal mereka untuk dibeli dan sebagainya.

Untuk tahun ini, antara yang menarik perhatian penganjur adalah basikal tanpa rantai yang dihasilkan oleh CeramicSpeed.

Menggunakan sistem yang dinamakan ‘driven’ dan masih dalam fasa prototaip, sistem ini memerlukan rangka basikal yang khusus.

Revolusi dalam sistem drivetrain basikal ini mensasarkan untuk meletakkan satu standard baru dengan menghapuskan penggunaan rantai dan gear. Ia akan digantikan dengan sistem menggunakan driveshaft pinion-style.

Konsep driven pada basikal konsep ini telah dibangunkan oleh CeramicSpeed dengan kerjasama daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Colorado. Cadangannya mudah, untuk mengurangkan daya rintangan, kurangkan berat serta menggunakan ruang yang kecil berbanding basikal biasa.

Geresan juga berjaya dikurangkan sebanyak 49% dengan sisten driven ini. Dengan menggunakan 21 bearing, ia kemudiannya akan memindahkan tenaga daripada bahagian depan kepada shaft pemandu basikal dan kemudiannya dibawa ke bahagian belakang basikal yang mempunyai 13 kelajuan.

Buat masa ini, belum ada tanda harga yang diletakkan pada basikal ini dan masih prototype. 

Kalau ada dah nanti, teringin jugak try naik, nak tengok macam mana peginya ye tak?

=Aj=

 

Photo Credit : FB | CeramicSpeed