Puma Keluarkan Kasut Istimewa Ulangtahun Ke-50, Gabungan Bersama XLarge

GAYA HIDUP
June 22, 2018 - 04:22 PM


Puma baru-baru ini melancarkan satu kempen sempena ulangtahun ke-50 untuk model Suede mereka. Kasut ikonik mereka ini mendapat kolaborasi oleh beberapa nama besar seperti Big Sean dan juga Ferarri.
 

Koleksi Suede Kolaborasi Bersama Big Sean

Terbaru, syarikat dari Jepun XLARGE turut serta dengan kasut signature Puma dalam warna hitam dan hijau.

Untuk edisi ulangtahun ini, bahagian atas suede kasut adalah berwarna hitam, tali kasut mempunyai nama brand Xlarge yang diwarnakan dengan warna emas.

Jika kita perhatikan, kemasan kasut oleh Xlarge ini juga turut memaparkan logo Gorilla yang disulam di bahagian lidah kasut dan untuk menanpakan reka bentuk asal yang retro, mereka mengekalkan tapak rubber.

 

Setakat ini, model kasut ini boleh didapati di atas talian melalui Calif’s Online Store dan bermula pada 28 Jun 2018, ia akan dijual di kedai Puma dan Xlarge. Untuk pasaran Malaysia, masih belum dapat dipastikan sama ada ia akan masuk atau tidak.

Kalau ada collector yang berminat, online sahajalah caranya. Kami riki-riki tadi, harganya sekitar RM500.