Rakyat Gelisah Penyakit Misteri Dari China, KKM Tegaskan Tiada Keperluan Tutup Pintu Sempadan

GAYA HIDUP
December 05, 2023 - 03:54 PM


China berdepan dengan satu wabak misteri yang mula menular di negara tersebut. Berita itu membuatkan rakyat gelisah, susulan daripada pengumuman kerajaan tentang pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India bermula1 Disember yang lalu.

Kementerian Kesihaatan (KKM) tampil dengan kenyataan terkini mengenai situasi tersebut. KKM mengegaskan tiada keperluan untuk menutup pintu sempadan antarabangsa susulan kewujudan penyakit misteri di China, kerana Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau dan bersiap siaga berdepan pelbagai kemungkinan.\

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, maklumat lengkap mengenai penyakit misteri 'white lung syndrome' atau sindrom tompokan putih paru-paru di China belum diketahui tetapi setakat ini, keadaan di China tidak begitu serius.

"Kita harus sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan patuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Malah KKM sedang membuat pemantauan sebagai persediaan menerima pengunjung dari China, kelengkapan sepatutnya," katanya.

Menurutnya, kawalan kendiri harus dipraktikkan walaupun tiada lagi kewajipan dalam pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

 

Destination: