Ramai Yang Tak Tahu, Honda ‘Monkey’ Asalnya Hanyalah Motor Mainan Di Taman Tema!

GAYA HIDUP
October 02, 2018 - 04:20 PM


Honda ‘Monkey’ atau nama rasminya Z series adalah variasi motorsikal mini yang dikeluarkan oleh Honda. Lebih kurang 5 model asal dikeluarkan dan model terawal dikeluarkan adalah model Z50M yang mula dipasarkan pada tahun 1964.

Model Ni Terjual pada Harga RM26 Ribu Di Lelongan Online! 

Kalau nak tahu, asalnya motorsikal mini Z series ini dikeluarkan sebagai permainan kanak-kanak di taman tema Jepun, kemudian diperincikan untuk dikeluarkan secara skala besar dan mula memasuki pasakan Eropah pada tahun 1967.

Mana Datang Nama ‘Monkey’?

Nama ‘Monkey’ ni melekat pada motorsikal mini ini apabila ramai yang menunggangnya akan kelihatan seolah-olah seekor monyet. Ye lah, motor kecik, yang bawaknya besar. Tak hairanlah asal-usul melekatnya nama dia segitu kan.

Sebut pasal Honda “monkey’ ni, Honda Malaysia baru-baru ni ada umumkan yang aka nada generasi baru ‘Monkey’ nak masuk market Malaysia. Dari segi rekaan, memang sebijik macam model asal 50cc, saiz kecil, lampu bulat. Cumanya, model generai baru ni diberikan modern-look sikit lah. Lampu LED, meter digital, disc brake depan belakang dan rim aloi 12 inci.

Selain daripada modern-look tu, enjin yang digunakan juga ditingkatkan kepada 125cc. Dengan tanda harga RM13,999 (belum masuk insurans), motorsikal ini akan didatangkan dengan jaminan 2 tahun atau 20,000km. Datang dengan tiga pilihan warna iaitu biru, merah atau kuning.

Meter Digital

Amacam? Agak-agak berbaloi ke?

Kalau pada kitorang, harga ni subjektif. Bergantung pada minat korang, kalau korang minat motorsikal klasik, tapi susah nak jumpa atau dapatkan yang model lama dulu, belilah yang baru ni.

Mana tahu, lagi doploh atau tigapuluh tahun lagi harga macam sebiji Ferari sekarang ke, siapa tahu kan…