Rangkaian 5G Mula di Putrajaya & Cyberjaya, April Ini!



Berita baik untuk penduduk di Putrajaya dan Cyberjaya!

Mulai bulan depan, kedua-dua bandar ini akan menerima kemudahan teknologi 5G apabila ujian rintis perkhidmatan itu dilaksanakan dan bakal menjadi bandar raya pintar pertama di Malaysia.

Bagi korang yang belum tahu, 5G atau rangkaian mudah alih generasi kelima ini merupakan teknologi baru bakal menggantikan teknologi 4G yang kebanyakkan daripada kita gunakan sekarang.

Paling best, 5G ini dikatakan 100 kali lebih laju daripada 4G!

Memetik Bernama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo memaklumkan bahawa Kerajaan sentiasa mahu menyediakan infrastruktur yang boleh diakses, berkualiti tinggi, kos yang munasabah untuk rakyat.

Namun, pada masa sama ia juga perlu dipastikan benar-benar infrastruktur yang selamat sebelum boleh diperluaskan.

Apa-apa pun, ini benda penting pasal 5G yang korang kena tahu :-

1. Jaringan 5G mampu transfer data dengan kepantasan 10GB sesaat dan ada yang menyatakan ia mampu pergi lebih laju daripada itu iaitu sehingga 800GB sesaat!

Lepas ni nak transfer data atau file-file yang besar sekelip mata je settle.

 

2. Bagi korang yang suka streaming video tak kiralah di Youtube ataupun di Netflix, korang akan dapat melihat video–video ini dengan kualiti HD yang lebih lancar dan stabil tanpa buffering dan lagging.

 

3. Ia juga dapat memaksimumkan penggunaan panggilan video dengan kualiti yang lebih bagus.

 

4. Ia juga dapat mewujudkan teknologi ‘Internet of Things’ dengan menghubungkan lebih banyak peranti dengan connection internet dan melahirkan lebih banyak lagi teknologi seperti self–driving car dan smart city!

 

5. Buat masa ini tak banyak peranti yang dihadirkan dengan teknologi 5G. Antara peranti yang berkemungkinan didatangkan dengan teknologi 5G pada tahun ini adalah seperti Samsung Galaxy S10, Huawei P30 or Mate 30 dan ONEPLUS 7.

 

6. Namun ramai berpendapat masuk saja tahun 2020, hampir kesemua peranti akan mempunyai teknologi 5G. Masa tu nanti tiada lagi peranti yang didatangkan dengan teknologi 3G dan 4G adalah paling minimum.