Rangkaian Terbaru IKEA Khusus Buat Haiwan Kesayangan Anda…

GAYA HIDUP
October 10, 2017 - 10:01 AM


IKEA, nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang gemar untuk mendekorasikan rumah. Kita juga tahu yang IKEA sering menyediakan pelbagai barangan yang menarik dan boleh melengkapkan kediaman kita.

Walaupun kadang-kadang, masuk IKEA saje – saje je, takde apa nak dibeli pun, tapi disebabkan design atau susunan barang tu menarik, kita pun ‘ter’beli.

Terkini, IKEA memperkanalkan Lurvig. Apa itu Lurvig? Lurvig adalah perkataan Sweden yang bermaksud berbulu. Jadi, apa yang ada dalam koleksi Lurvig ni? Kenapa bagus untuk pemilik haiwan perliharaan? Ini sebabnya…

Koleksi Lurvig ini adalah koleksi yang mempunyai keperluan untuk haiwan perliharaan kita. Tak kiralah anjing atau kucing. Daripada alas sofa, hinggalah terowong mainan untuk kucing tu.

Eh, tunggu, jangan pegi IKEA dulu. Sebabnya, koleksi ini belum ada dekat Ikea Malaysia. Kami dah cuba carian atas talian, tiada rekod. Cuma, ada pautan untuk ‘pet’ sahaja. Bermakna, ia akan masuk jugak pasaran Malaysia.

Setakat ini, dikatakan jualan telah bermula di US, Kanada, France dan Jepun. Manakala di negara lain akan tiba seawal Mac 2018.

Sementara nak tunggu March tu, jom kita tengok apa yang ada dalam koleksi ini…

 

 

Sumber : Boredpanda | Ikea