Reka Permainan Anda Sendiri Dengan Kit Nintendo Labo

GAYA HIDUP
January 18, 2018 - 11:25 AM


Semakin hari, semakin banyak benda inovasi yang berjaya dicipta. Terbaru, syarikat elektronik dan permainan video yang berpangkalan di Jepun iaitu Nintendo muncul dengan idea baru yang menjanjikan kelainan pada pengalaman bermain permainan video.

 

Dengan mengunakan konsep make, play dan discover, Nintendo Labo menggabungkan sentuhan magis dari Nintendo Switch dan keseronokan membina permainan secara DIY.

 

Yang menariknya, kita hanya bermula dengan sekeping kad board dan menggunakan kadboard itu, ia boleh dijadikan pelbagai permainan yang menarik seperti piano, rod pancing dan motorsikal. Apa yang membuatkan istimewanya Nintendo Labo ini, dengan gabungan kadboard dan Nintendo Switch, ia akan ‘menghidupkan’ rekaan anda.

Dijangka akan dipasarkan pada 20 April 2018, Nintendo menyediakan 2 kit permulaan termasuk software Nintendo Switch bermula pada harga USD 69.99 (RM278). Namun ini hanyalah harga saranan penjualan dan berkemungkinan lebih mahal lagi. Harga tidak termasuk konsol Nintendo Switch ye...

Anda boleh memilih sama ada Variety Kit ataupun Robot Kit.

Kalau nak ikutkan, idea Nintendo ini memang terbaik kerana menggabungkan element teknologi serta DIY yang boleh membantu perkembangan minda serta merangsang psikomotor.

Cuba tengok teaser dia ni...

Harap-harap masuk lah Malaysia.

 

Sumber : Nintendo | Image/ Video credit to Nintendo