Ride For Dimi – Kayuhan Amal Anjuran Yellow Bike Company

GAYA HIDUP
March 13, 2019 - 12:16 PM


Satu sesi kayuhan amal sambil mengumpul dana akan diadakan Jumaat ini jam 10 malam. Kayuhan amal ini dianjurkan oleh Yellow Bike Company bagi mengumpul dana untuk membantu salah seorang sahabat mereka iaitu Ahmad Dimi.

Selain YBC, di media-media sosial banyak jugak yang berkongsi #prayfordimi… Selain aktif di scene fixie, kalau korang nak tahu Dimi adalah salah seorang yo-yo master yang digelar ‘Bapa Yoyo Malaysia’ dan banyak kali menyertai pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa.

Dari kami, Dimi juga mempunyai satu segmen iaitu Tanya Dimilah yang mana Dimi akan berkongsi segala apa tips dan juga menjawab segala persoalan yang bermain dalam fikiran korang.

Apa-apa pun, kami doakan Dimi sembuh dan sama-sama kita bantu dari segi apa yang boleh untuk Dimi kembali sihat selepas diserang strok dan berada dalam keadaan kritikal di hospital sekarang.

 

Update terkini  12/3/2019 : Dimi telah sedar dari pembedahan, namun sekarang ini Dimi masih belum boleh bercakap.

Untuk yang ingin menyalurkan bantuan, anda boleh berbuat demikian kepada akaun ibu kepada Dimi seperti yang tertera di bawah :

Atau salurkan melalui kempen GoFundMe

TANYA DIMILAH EPISOD PERTAMA

Kredit Foto : FB | Ahmad Dimi