Risau Nak Naik Grab Atau Uber? Wanita Kini Boleh Pilih Riding Pink!

GAYA HIDUP
January 05, 2018 - 12:09 PM


Kepada kaum hawa yang risau nak naik Grab atau Uber, ini ada pilihan terbaru untuk anda semua.

Riding Pink!

Perkhidmatan pengankutan awam khas seakan-akan Uber dan Grab ini hanya dikhaskan untuk kaum wanita demi menjaga keselamatan mereka terutama jenayah seksual atau kejadian yang tak diingini seperti samun dan sebagainya.

Sudah mula beroperasi sejak Oktober tahun lepas ini, Riding Pink menggunakan pemandu wanita sahaja.

Cara nak menggunakan perkhidmatan mereka pun agak mudah. Hanya perlu whatsapp ataupun melalui Facebook.

Salin boleh ditempah on the spot, anda juga boleh menempah perkhidmatan ini untuk perjalanan berulang . Mudah kan?

So, untuk wanita-wanita dekat luar sana. Anda tak perlu risau lagi kalau nak kemana-mana menggunakan perkhidmatan awam. Riding Pink ada…

 

Sumber : mynewshub