The Rock Bagi ‘Hint’ Aquaman Jason Momoa Mungkin Sertai Fast & Furious

GAYA HIDUP
January 30, 2019 - 04:30 PM


Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama The Rock nampaknya bersedia nak ‘smackdown’ semua penjahat, pencuri kereta dan penyangak dalam Fast & Furios bersama-sama Aquaman! Semalam baru Vin Diesel umumkan Fast Furious 9 akan mulakan penggambaran. Fuh...

Bekan bintang WWE tersebut sekarang dalam pembikinan filem spin-off Fast & Furious, Hobbs & Show dan dalam filem tersebut juga menampilkan sepupunya yang juga bintang WWE juga iaitu Roman Reign.

Oh, rupanya Roman Reign tu seputu The Rock! Baru tahu ni.

Berbalik pada filem Hobbs & Shaw, nampaknya The Rock nak memperkenalkan ‘keluarga Samoa’ nya dan bila sebut pasal Samoa, para peminat terus ‘petik’ satu nama lagi iaitu Jason Mamoa yang memang berdarah Samoa.

Harapan peminat nak tengok Mamoa dan The Rock dalam satu filem nampaknya tinggi sebab kedua-dua mereka membesar di Hawaii. Namun, untuk filem Hobbs & Show ini, The Rock menjelaskan Mamoa tak mungkin dapat sertai disebabkan penggambaran untuk Aquaman 2 sedang berlangsung.

Tapi, ada kemungkinan besar Mamoa akan ada dalam filem kedua Hobbs & Shaw! Spoiler betul. Tak pasal-pasal peminat tahu yang Hobbs & Shaw ni akan ada filem kedua. Haha.

Filem spin off Fast & Furious; Hobbs & Shaw ni akan berada di pawagam pada 2 Ogos 2019 dan berkemungkinan akan ditayangkan di Malaysia seminggu lewat, ataupun pada tarikh yang sama.