Rumah Wilayah Persekutuan, Ini Yang Anda Perlu Tahu Untuk Beli RUMAWIP



RUMAWIP merupakan Rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan. Walaupun sudah lama diperkenalkan namun masih lagi ramai yang tidak faham cara-cara untuk memiliki rumah Wilayah Persekutuan ini termasuk syarat-syarat yang diperlukan untuk membeli rumah.

Sama juga seperti rumah selangor ku sebenarnya. 

Berikut kami kongsikan syarat-syarat untuk korang beli rumah RUMAWIP ini. Maklumlah pada zaman sekarang nak beli rumah yang dimajukan agak tinggi harganya. Bagi mereka yang bergaji rendah memang seakan-akan tiada harapan untuk memiliki rumah di Kuala Lumpur. 

Kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman RUMAWIP:

- Berumur 18 tahun ke atas

- Warganegara Malaysia

- Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan

- Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)

Selain itu ada juga beberapa syarat untuk mereka pemilik rumah RUMAWIP ini:

- Rumah mampu milik yang dibeli oleh pemohon tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun dari tarikh pembelian

- Pembeli hendaklah mendiami rumah yang dibeli dan tidak boleh disewakan kecuali dengan kebenaran daripada agensi khas merancang dan mengawal selia RUMAWIP.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN (RUMAWIP)

PERHATIAN!!

Pemohon perlu mengemukakan hardcopy Surat Akuan Sumpah (original)bagi setiap projek RUMAWIP yang dimohon. Surat Akuan Sumpah fotokopi hitam putih atau berwarna dan imbasan Surat Akuan Sumpah hitam putih atau berwarna tidak boleh diterima.

Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini profil peribadi mereka. Sila klik menu Profil Pemohon

Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, semua pemohon yang telah mendaftar akan dimaklumkan melalui emel. Sila daftar masuk ke portal RUMAWIP menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan pemohon, kemudian klik menu Permohonan.

Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut :

  • Borang permohonan(dicetak dari portal RUMAWIP)
  • Surat Akuan Sumpah (salinan asal)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (MyKad) pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
  • ​Penyata Gaji Terbaharu Pemohon (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Bil Elektrik dan Bil Air Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti kediaman (mandatori)
  • Sijil Kelahiran (MyKid) Anak
  • Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan / Anak (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan
  • Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki (jika berkaitan)

Kalau dah beli rumah jangan lupa ini 5 Kelengkapan Rumah Yang Wajib Ada Di Setiap Kediaman Anda

Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada pemaju yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pemohon akan berurusan dengan pemaju sehingga pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.

Pemohon juga boleh log masuk ke Portal RUMAWIP untuk menyemak status permohonan semasa.

Untuk mereka yang layak dan berminat untuk membeli rumah RUMAWIP boleh mohon di laman weh

Permohonan rumah RUMAWIP boleh dibuat di https://rumawip.kwp.gov.my/permohonan 

Untuk artikel seterusnya kami akan kongsikan rumah-rumah di bawah IJN untuk korang beli!