Sakit Kepala Ketika Anda Berpuasa? Jom Ikut Cara Ini Untung Hilangkanya

GAYA HIDUP
June 01, 2018 - 02:51 PM


Anda rasa kami ada masa untuk sakit kepala? Eh itu iklan. Ok bagi korang yang selalu sakit kepala semasa puasa tu meh tengok tip ni..

Salah satu masalah yang selalu kita hadapi semasa berpuasa ialah rasa pening kepala terutamanya di waktu petang. Hal ini terjadi kerana tubuh badan kita masih lagi hendak menyesuaikan diri dengan pola makanan yang baru.

Jangan sampai sakit kepala ini mengganggu ibadah puasa dan aktiviti sehairan anda. Terdapat juga faktor lain penyebab sakit kepala ketika berpuasa antaranya tertekan, kurangnya waktu tidur dan istirahat serta cuaca juga memainkan peranan untuk menyebabkan anda mengalami sakit kepala

Berikut beberapa tip yang boleh anda lakukan supaya tidak merasakan sakit kepala semasa berpuasa.

Mengelakkan sakit kepala semasa puasa

1. Hentikan tabiat minum kafein semasa puasa sewaktu sahur atau malam hari Mungkin ada antara kita merupakan peminum kopi atau minuman berkafein tegar. Pengambilan kafein di dalam bulan Ramadan boleh menyebabkan pening kepala. Ada baiknya anda menghentikan ataupun mengurangkan pengambilan kafein semasa berpuasa. Ia juga baik untuk kesihatan anda.

2. Kawal kandungan gula dalam darah Hipoglikemia ialah keadaan dimana kandungan gula dalam darah rendah. Ia juga boleh menyebabkan anda sakit kepala.

Untuk mengelakkan sakit kepala, pastikan kandungan gula dalam darah anda stabil. Bagi menstabilkan kandungan gula dalam darah, ambil makanan bergula secukupnya dan jangan pula makan secara berlebihan. Terapkan pola pemakanan yang betul dan sihat ketika anda berpuasa.

3. Rehat secukupnya Kurang tidur atau rehat adalah salah satu penyebab anda berasa sakit kepala semasa puasa. Untuk mengatasinya, anda perlu cukupkan waktu rehat atau tidur anda.

Berusaha untuk tidur lebih awal ketika malam hari atau tidur sekejap pada wakti siang dalam 20-30 minit. Jangan tidur siang terlalu lama kerana itu juga akan menyebabkan pening

4. Jumpa doktor Sekiranya anda mempunyai penyakit gangguan lain, segera maklumkan kepada doktor. Kerana bukan sahaja sakit kepala tetapi yang ada rasakan itu adalah simptom bagi penyakit lain yang anda alami.

Bagi anda yang ada penyakit tertentu, sebelum menjalani puasa sebaiknya lakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dengan doktor anda. Itulah tadi antara tips bagi mengelakkan sakit kepala semasa anda berpuasa. Amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sebaiknya agar ibadah puasa anda berjalan dengan baik dan sempurna. Insyallah

Semoga ianya bermanfaat....