Samsung Galaxy A9 – Telefon Pintar Pertama Hadir Dengan Empat Kamera!

GAYA HIDUP
October 12, 2018 - 03:01 PM


Tak, kami tak salah taip dan korang pun tak baca salah. Memang Samsung Galaxy A9 akan hadir dengan empat kamera belakang! Bukan khabar angin, kerana memang dah dilancarkan dalam satu acara di Kuala Lumpur baru-baru ni.

Kalau ikut dia punya spec, skrin 6.3 inci SAMOLED QHD+, pemprosesan Snapdragon 660, pilihan memori 6/8 GB dan penstoran 128GB. RUangan penstoran ini boleh ditambah menggunakan slot mikro-SD yang support sehingga 512GB.

Kamera utama bahagian belakang memang ada empat dan ia gabungan daripada 24+10+8+5 Megapixel. Masing-masing mempunyai mod tangkapan yang berlainan.

 

Untuk bahagian hadapan, masih satu kamera. Sensor 24 Megapixel.

Dengan bateri berkapasiti 3800 mAh, telefon pintar A9 ini akah hadir dengan fungsi pengecasan pantas. Lain-lain fungsi termasuk sistem unlock menggunakan fingerprint atau imbasan muka, sistem Scene Optimiser dan lain-lain.

Samsung Galaxy A9 akan hadir dengan sistem android 8.0 dan tiga pilihan warna. Hitam, biru dan merah jambu.

Untuk korang yang berminat nak dapatkan telefon ini, kena tunggu sehingga November-lah.

Setakat ini, masih belum didedahkan harganya tapi dengan kamera sampai empat, dan kalau nak dibandingkan dengan harga jualan di UK iaitu 550 pound, harga dia mungkin RM3000.