Sanggupkah Anda Belanja RM1.5 Juta Untuk Sebuah Beg Tangan?

GAYA HIDUP
March 07, 2018 - 12:04 PM


Untuk para wanita, beg tangan merupakan aksesori penting dan bukan sahaja untuk melengkapkan gaya. Selain digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan harian seperti telefon bimbit, kunci kereta, pen, buku nota dan lain-lain.

Sebahagian dari wanita di luar sana mungkin tidak begitu menitik beratkan jenama dan lebih mementingkan gaya atau kecantikan beg mereka. Tapi, ada juga yang menggunakan beg tangan ini untuk menunjukkan status mereka.

Namun, persoalannya… Berapakah harga paling berbaloi dibelanjakan untuk sebuah beg tangan?

Jika ditanya soalan ini kepada para wanita, kita akan dapat macam-macam jawapan tetapi boleh dikatakan kesemuanya mahukan sesatu yang berkualiti dan tahan lama. Jadi, harga bukanlah menjadi masalah sekiranya kualiti beg berkenaan sangat bagus.

Menurut laporan BBC, seorang pembeli di UK sanggup membelanjakan hampir 280,00 pound (RM1.5juta) hanya untuk mendapatkan sebuah beg tangan koleksi eksklusif tahun 2014 iaitu Himalaya Birkin yang dikeluarkan oleh salah satu nama besar dalam fesyen beg tangan iaitu Hermes.

Dikatakan harga beg berkenaan standing dengan harga sebuah rumah di UK selain merupakan antara beg tangan yang termahal di dunia.

Apa yang membuatkan harganya sebegitu adalah kulit buaya albino asli yang digunakan untuk membuat beg berkenaan selain ianya turut dihiaskan dengan 18 karat emas putih dan juga beberapa butir berlian.

Jika korang lah kan, ada duit sebanyak 1.5 juta, korang akan beli ke guna untuk kegunaan lain?

 

=aj=