"Satu Hari Nanti Kita Pun Akan Naik Juga" Netizen Seronok Tengok Wanita Cina Ini Review Van Jenazah Di Tiktok

GAYA HIDUP
September 29, 2021 - 09:08 PM


Selalu orang review kereta kan? Ini tengah-tengah scroll Tiktok, ada orang review van jenazah... seram tak?

Tiktok yang kini platform media sosial paling hangat lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda, telah menjadi platform untuk turut sama mencari rezeki dengan pelbagai cara yang kreatif. 

Kereta merupakan antara benda yang selalu di-review, lagi-lagi oleh para salesman sebagai satu bentuk promosi... mana tahu ada rezeki nak viral? Ramai customer muncul dari Tiktok. 

Tapi, siapa sangka dalam banyak-banyak benda yang dijadikan bahan kandungan di Tiktok, seorang pengguna TikTok bernama @lisa.toyota membawa kelainan apabila dia memuat naik video review berkenaan van jenazah berbumbung tinggi.

Lisa yang merupakan seorang saleswoman di Toyota telah memberi penerangan mengenai van jenazah berbumbung tinggi keluaran Toyota yang dijualnya dengan sangat teliti, dan ramai yang suka akan cara Lisa memberi 'peringatan' halus kepada semua penonton video tersebut.

"Satu hari nanti kita pun akan naik juga kan?"

@lisa.toyota

Van Jenazah bumbung tinggi 😲👻 ##hiacemalaysia ##toyotaipoh ##toyotamalaysia ##tribe769 ##sahabatbosskay ##legacysahabattiktok ##FeelTheHIITSubwayMY

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline

Ramai yang memuji Lisa untuk video tersebut dan beranggapan bahawa Lisa berjaya menyampaikan maklumat tentang kenderaan tersebut dengan sangat jelas.