Season 2 Berakhir, 3 Pasukan Terbaik Berjaya Mewakili Malaysia Bagi Merebut Ganjaran Lumayan

GAYA HIDUP
December 07, 2021 - 05:40 PM


Pertandingan Cyberathlete Collegiate Mobile Legends (CCML) Musim kedua yang ditaja oleh SanDisk dan WD_Black telah berlangsung pada November lepas kini telah berakhir dengan jayanya. 

Tiga pasukan telah melayakkan diri untuk mewakili Malaysia bersaing dalam pertandingan di peringkat Asia Tenggara.

Lapan pasukan telah berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat suku akhir bagi melayakkan mereka merebut hadiah utama berupa wang tunai dan sekaligus mewakili negara ke peringkat dunia!

Sementara itu, tiga pasukan terbaik di dalam pertandingan ini telah membuktikan kemahiran serta bakat mereka dalam menghadapi cabaran untuk melayakkan diri ke peringkat antarabangsa. 

Misi kesemua pasukan itu tidak akan hanya berhenti di sini kerana perjuangan mereka masih jauh bagi merebut ganjaran bernilai 250,000 USD di peringkat seterusnya.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Pis Pride, UKM Aero dan Uitm Vendetta kerana telah berjaya menjadi 3 pasukan terbaik bagi musim kedua ini.

Kalau korang nak tahu, UiTM Vendetta dan UKM Aero merupakan pasukan yang sama beraksi di musim pertama hingga ke peringkat suku akhir.

Tanpa mahu menyerah kalah, mereka terus bangkit pada musim kedua dengan prestasi yang lebih cemerlang. 

The Uprising E-Star

The Uprising E-Star yang memfokuskan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang asas menjadi caster dan pemain profesional telah pun tamat dengan penyertaan seramai 30 orang selama 6 hari. 

Pelbagai ilmu dan tips yang telah dikongsikan kepada para peserta dalam misi Malaysia melahirkan lebih ramai lagi pemain dan caster yang berkarisma. 

Pastikan korang tidak terlepas menonton video sepanjang program ini berlangsung di Facebook Page rasmi mereka.

Musim Ke-3 

Bagi korang yang terlepas mengikuti musim kedua, jangan kecewa kerana musim ketiga bakal menemui anda tidak lama lagi.

Musim baharu itu dijangka berlangsung pada tahun depan, 2022 yang pasti menjanjikan cabaran lebih sengit dan menarik! So, stay tuned!

 

 

Destination: