Sebenarnya… Website Ni Problem Ke Laptop Yang Problem??

GAYA HIDUP
January 02, 2018 - 11:14 AM


Pernah tak korang semua alami perkara ini? Masuk satu website, tapi tiada respon. Bila reload pun, sama juga hasilnya. Rasanya mesti semua pernah.

Sebenarnya, perkara macam ini boleh terjadi disebabkan 3 perkara.

  1. Connection Internet
  2. Isu teknikal pada website
  3. Masalah pada komputer/laptop anda

 

Untuk isu connection internet ini, cara nak tahu ialah cuba buka laman web lain. Sekiranya ada, berkemungkinan itu bukan masalah internet. Jika tak, anda kena buat panggilan ke provider internet anda seperti contoh Unifi, Maxis, Celcom dan sebagainya. Tanyakan pada diorang.

Isu ke 2, melibatkan masalah teknikal ataupun penyelengaraan website. Hal ini, memang luar kawalan kita. Kita hanya boleh tunggu sehingga pihak mereka selesaikan isu berkenaan. Cara nak tahu ialah, kebiasaannya kalau penyelengaraan, pihak admin website tersebut akan letakkan notis.

Atau alternatif lain ialah, anda boleh ke laman web : downforeveryoneorjustme.com

Masukkan URL web yang anda tak boleh nak acess tu dan tekan enter. Anda akan terima jawapan sekiranya laman web berkenaan tidak berfungsi untuk anda seorang sahaja atau memang sedang dalam proses peyelengaraan.

Pastikan line internet ada lah. Kalau tidak, macam mana website tu nak respon.

Untuk isu laptop/desktop pula, anda boleh cuba cara diatas. Sekiranya internet dan URL yang anda masukkan ada respon. Berkemungkinan system keselamatan pada laptop anda menghalang akses ke laman web tersebut. Cuba kosongkan catche dan cookies. Restart komputer anda dan cuba akses laman web yang sama.

Jika isu berterusan, cuba bawa ke kedai komputer berhampiran dan ceritakan masalah anda. Mereka boleh membantu. Kalau nak ‘google’ pun boleh.

 

Sumber : TheStar