Sedekah Jumaat Paling "Rare", Jemaah Masjid Dapat Rokok Buat Netizen Garu Kepala

GAYA HIDUP
July 18, 2022 - 04:46 PM


Dah menjadi norma masyarakat bila tiba hari Jumaat, ramai individu permurah yang akan membuat amal jariah seperti menyedekahkan makanan atau minuman kepada para jemaah ataupun mereka yang memerlukan.

Namun, viral satu video di TikTok di mana seorang jemaah yang membuat sedekah dengan memberi rokok dan diletakkan pada raga motosikal serta juga bahagian depan kereta.

@udinponboleh Sedekah makanan❎sedekah rokok✅#fyp ♬ suara asli - 𝙀𝙛𝙚𝙣𝙙𝙞

Memang lain dari yang lain sedekah kali ini. Biasanya orang sedekahkan nasi berlauk ke, air manis ke, paling kurang pun buah-buahan. Perkongsian tersebut ternyata berjaya membuat netizen berbelah bagi dan juga berkongsi pendapat..

Namun satu perkara yang jelas, hukum menghisap rokok telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak dari tahun 1995.

Memang garu kepala dibuatnya...boleh ke tidak bersedekah dengan cara ini? Lagi pening sebab rokok yang diberi rokok seludup...

Destination: