Seluar Dalam Kalis Rogol Siap Ada Penggera Lagi

GAYA HIDUP
January 19, 2018 - 04:32 PM


Ekoran kes rogol di seluruh dunia semakin meningkat, pelbagai alat dicipta bagi membantu mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa rogol.

Terbaru, seorang pencipta dari German mencipta seluar dalam kalis rogol dilengkapi kombinasi mangga kunci bernombor dan sistem penggera kecemasan yang akan berbunyi kuat sebaik sahaja disentuh.

Memetik Mail Online, media tempatan melaporkan, seluar dalam itu mendapat permintaan tinggi hingga beberapa web jualan dalam talian terkemuka kehabisan stok.

Ciri-ciri keselamatan tidak membolehkan selura itu ditanggalkan begitu sahaja. Malah, bahan yang digunakan sangat kukuh hingga hampir mustahil untuk mengoyakkannya walaupun dengan menggunakan alatan tajam.

Penggera akan berbunyi serta-merta sekiranya seluar cuba dikoyakkan.

Biasalah, barang mengutamakan siri keselamatan seperti ini sudah tentunya mahal. Sepasang dijual pada harga 100 euro iaitu bernilai hampir RM500.

Ciptaan sebegini sebenarnya sangat bagus dan berpotensi melindungi wanita daripada menjadi mangsa kerakusan lelaki bernafsu liar.