Sering Menangis? Ini Kebaikan Menangis Yang Perlu Anda Tahu



Tengok Hindustan menangis, tengok drama petang-petang nangis, tak dapat cendol nangis, #eh. Hehehe. Menangis ni pada AJ dia ada banyak jenis, ada yang menangis sebab gembira, ada menangis sebab sedih, ada menangis sebab patah hati.

 

Tapi, selalunya orang akan kaitkan menangis ini dengan benda yang kurang baik dan tak semestinya orang yang senang menangis ni hati tisu, cepat koyak dan sebagainya. DAN, DAN, siapa kata menangis ni hak eksklusif perempuan? Lelaki pun ada yang menangis tau, cumanya selalu diorang menangis dekat shower, supaya orang tak perasan. Hihihi.

Ini sebenarnya kebaikan kalau korang menangis :

 

#1. Kurangkan Stress/Tekanan

Perasan tak, kalau korang terlampau stress, secara tiba-tiba akan ada perasaan automatic macam nak menangis, macam je lah. Sebenarnya, mengikut kajian kalau kita menangis, keadaan fizikal dan mental kita akan jadi lebih baik.

Secara tak langsung, tangisan korang tu boleh melegakan tekanan.

 

#2. Buang Toksin Dalam Badan

Selain kurangkan tekanan, ada kajian mengatakan yang air mata yang dikeluarkan turut keluar bersama toksin dalam badan. Sama jugak macam berpeluh.

Cuma, itulah… Kan best kalau lemak boleh ikut sekali keluar dengan air mata tu…

 

#3. Merawat Mata Kering

Selain sentiasa melembabkan mata, menangis juga boleh melicinkan mata. Yelah, air mata banyak keluar, basahlah mata tu kan. Melainkan korang ambik tisu dan lap bebola mata.

 

#4. Meningkatkan Mood

Selalunya, menangis ini berkait rapat dengan emosi. Ibarat aur dengan tebing, macam isi dengan kuku, diorang ni saling melengkapi. Eh, bersastera pulak. Hihi.

Disebabkan perkaitan yang rapat ni, setiap kali kita menangis, sebenarnya ia sedikit sebanyak melegakan perasaan dan boleh menaikkan mood. Selain tu, tubuh badan kita akan bebaskan endorphin yang akan buat emosi kita kembali stabil dan mood itu datang semula.

 

#5. Kurangkan Kemurungan

Masalah kemurungan ni boleh berlaku kepada semua orang. Tidak kira peringkat umur, pekerjaan mahupun jantina. Jadi, kalau rasa kemurungan tu, menangislah. Sebabnya, pakar psikologi mendedahkan yang segala emosi negatif dapat dilepaskan selain perasaan yang terpendam ikut sama keluar dengan airmata.

 

So, kalau anda senang menangis, jangan risau, ada kebaikannya menangis tu.


Antara tangisan paling sedih untuk para lelaki... 

p/s AJ pernah menangis sebab Optimus Prime mati dalam Transformers! Hahaha…

=aJ=