Sheila On 7 Live Di Kuala Lumpur Februari Nanti!

GAYA HIDUP
December 28, 2017 - 03:47 PM


Akhirnya, setelah sekian lama ‘menghilang’ Sheila On 7 bakal ke Kuala Lumpur untuk menghiburkan para peminat mereka pada 10 Februari nanti.

Band yang pernah menjadi kegilaan dengan lagu hits mereka seperti Seberapa Pantas, Sephia, Melompat Lebih Tinggi dan pelbagai lagi lagu yang menjadi siulan di negara ini sebelum kedatangan k-pop.

Konsert yang diberi nama Sheila On 7 – Live In Kuala Lumpur 2018 itu akan berlangsung di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall pada jam 8.30 malam.

Konsert ini diadakan sempena dua dekad penubuhan dan pembabitan mereka dalam industri muzik. Dengan matlamat meraikan sokongan besar peminat mereka di Malaysia, konsert yang dianjurkan oleh No Fear Sdn Bhd & Shiraz Projects Sdn Bhd ini diharapkan dapat mengubat rindu para peminat kepada SO7.

Tiket akan dijual pada harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM 125 (Gold), dan RM 85 (Silver).

Susunan Penonton Mengikut Harga Tiket

Sebenarnya tiket bagi menyaksikan konsert Sheila On 7 ini telah mula dijual sejak 21 Disember lagi.

Sementara itu, Diskaun sebanyak 15% disediakan untuk 250 pembeli tiket pertama (tidak termasuk tiket Meet & Greet). Peminat setia Sheila On 7 akan mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan percuma.

Sudah tentu peminat SO7 akan menanti kedatangan vokalis kacak Duta ni nanti...

 

Tiket untuk menyaksikan konsert ini boleh anda dapatkan di sini.