Simply Me Beauty – Produk Kosmetik Terbaru Keluaran 7 Eleven.

GAYA HIDUP
November 24, 2017 - 02:48 PM


Jujurlah, tiada siapa sangka yang 7 Eleven akan keluarkan produk kosmetik sendiri dan kadangkala merupakan pilihan terakhir untuk mendapatkan produk untuk dibawa untuk travel seperti pencuci muka mahupun ubat gigi.

Selepas ini, kedai serbaneka popular ini akan melancarkan koleksi alat solek mereka sendiri yang dinamakan ‘Simply Me Beauty’.

Menurut Insider, koleksi ini akan menampilkan 40 produk kecantikan yang paling diperlukan dan utama bagi wanita pada harga yang sangat berpatutan.

Anda boleh mendapatkan pelbagai produk untuk muka, mata dan bibir pada harga USD 5 iaitu lebih kurang RM 20.50!

Walaubagaimanapun, Simply Me Beauty hanya boleh didapati di Amerika Syarikat buat masa sekarang. Semoga barangan ini akan cukup popular di sana dan pihak 7 Eleven akan mengembangkan serta melancarkan produk di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.

 

Sumber : Insider