Suka Cengelat Masa Main Monopoly? Edisi Khas Monopoly Ini Memang Untuk Penipu!



Kita semua kenal atau tahu setidak-tidak pun seorang la kawan kita yang suka cengelat masa main Monopoly. Mesti ada sorang yang pakat dengan banker lah, curi duit dari ‘bank’ dan sebagainya.

Untuk korang yang pernah ‘main tipu’ ni, tak kiralah tipu kiraan atas papan Monopoly, ataupun buat-buat senyap bila jejak tempat orang sebab taknak bayar, edisi Monopoly ini kena ada atau setidaknya korang kena cuba main sekali.

Monopoly ‘Cheaters’ Edition dilancarkan oleh Hasbro kira-kira awal tahun ni sebenarnya dan apa yang menarik dan berbeza daripada edisi-edisi Monopoly yang pernah ada. Masih dengan objektif yang sama iaitu, siapa ada duit atau harta paling banyak menang tapi, untuk edisi ini, korang ‘dikehendaki’ menipu sebanyak mungkin sepanjang permainan.

Ini bermaksud, korang boleh skip beberapa tapak yang korang taknak (bayar cukai misalnya), korang menipu supaya tak singgah dekat tanah orang dan curi duit daripada ‘bank’ bila orang tak perasan.

Selain kad yang sama macam edisi biasa untuk Community Chest dan Chance, edisi ‘cheater’ ini akan didatangi dengan 15 keping kad cheat.

Pada bila-bila masa dalam permainan, akan ada 5 kad cheat di atas papan yang pemain kena buat bila-bila masa sepanjang permainan.

Antara cheat yang ada ialah :
1. Curi duit daripada bank

2. Letak hotel di salah satu tapak korang

3. Curi hotel daripada tapak orang lain

4. Ambil 100 extra daripada bank selepas ‘GO’.

5. Alihkan token pemain lain ketika baling dadu

6. Bayar kurang

7. Ambil sewa dekat tanah orang lain

dan banyak lagilah sebenarnya penipuan-penipuan gelap yang korang kena buat. Hehehe…

Apa yang menariknya, kalau tak kantoi, tak apa. Tapi, kalau ditangkap menipu, maka akan ada denda dikenakan kepada korang mengikut apa yang tertulis di helakang setiap cheat card.

Kalau korang tak pernah menang main Monopoly sebelum ni, atau korang menang hasil menipu, edisi cheater ni memang terbaik untuk korang cuba.

Rasanya ada dijual di Malaysia sebab kitorang tengok dekat Lazada, memang ada. RM 103.70 harganya.