Supreme, Adidas & Banyak Lagi Jenama Streetwear Di Streetware Con 2018



Kalau tak salah, tahun ni belum ada lagi convention untuk kasut mahupun barangan ‘streetwear’. Kalau korang tak tahu, ni nak bagitahu, Streetware Con akan berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada hujung minggu ni. 

Masa bermula pukul 11 pagi - 9 malam. 

Dekat sini korang akan jumpa hampir 50 vendor collector serta penjual barangan streetwear dan sudah tentunya bukan fake. Jadi korang tak perlu risau kot-kot kantoi dengan @streetwearbustarmy hehehe.

Dengar cerita, pelbagai barangan ‘rare’ dan special edition akan dijual. Jenama macam Supreme, Adidas, Nike dan banyak lagilah boleh dijumpai di Streeware Con ni.

Kalau tak ada apa-apa plan hujung minggu ni, bolehlah ajak kawan-kawan korang ke sini.

Kalau edisi lepas, memang meriah. Ni antara gambar-gambar dari Streetware Con tahun lepas. (kredit to @streetware.my)

 

 

Menarik ni, kena pegi. Tapi tu lah, jangan pakai barangan 'fake' ye. Sling bag atau t-shirt SUPREME pasar malam tu simpan kat rumah lah. Kantoi dengan @streetwearbustarmy baru tahu. Hikhik...