Tak Guna Tukar Kerajaan Kalau Rakyat Malaysia Masih lagi Mempunyai Mentaliti Jamban

GAYA HIDUP
May 12, 2018 - 12:06 AM


Ye kita sudah pun berjaya menukar kerajaan setelah sekian lama berada dalam pemerintahan Barisan Nasional. Ramai rakyat berpuas hati dengan keputusan PRU ke 14 yang memihak kepada Pakatan Harapan. Namun disebalik kegembiraan kerajaab baru ianya tidak bermakna apapun kalau minda rakyat Malaysia masih lagi di kelas ketiga atau pun lebih tepat lagi mempunyai mentaliti jamban. 

Jom kita berfikir sejenas dengan hasil nukilan saudara Khairul Abdullah tentang mentaliti jamban ni. Semoga ianya dapat membuka minda kita untuk terus berubah ke arah yang lebih baik. 

 

Tak guna kalau ada kerajaan yang boleh turunkan kos hidup, namun kau masih mengharapkan brim. Tak guna ada kerajaan yang boleh menghentikan rasuah, namun kau masih lagi dok hulur bawah meja nak dapat job, nak kelulusan segera dan sebagainya.

Tak guna ada kerajaan yang boleh buat infrastruktur canggih dan hebat sedangkan kau masih lagi tak reti beratur naik tren, tak reti bagi signal ketika memandu dan masih langgar lampu merah tak kira siang atau malam.

Kau bersungguh-sungguh nak kerajaan tegakkan syiar islam, tapi kau masih buang sampah merata-rata. Tandas kau masih lagi kotor ya robbi. Tandas kat masjid dan surau pulak tu. Kau langgar segala undang-undang yang kerajaan buat tanpa rasa bersalah dan berdosa pun. Habluminannas kau tak peduli langsung.

Kau harapkan Tun yang dah tua tu untuk tolong kau, majukan negara, tingkatkan ekonomi supaya hidup kau lebih senang. Tapi kau setiap malam lepak mamak sampai lewat malam dok berborak kosong.

Kau harapkan kerajaan baru sediakan banyak peluang kerja buat kau. Tapi kau memilih bukan main, nak kerja sedap dan nak gaji sedap. Susah dan berat kau tak mau, biar bangla sahaja yang buat.

Ehhh macam-macam lagilah.

Kau kalau takat ubah kerajaan lepas tu harap hidup kau terus bahagia maka jangan kau mimpilah. Kalau kau malas, maka hidup kau tetap sama.

Kalau kau jenis pengotor, baling sampah ikut tingkap kereta, ikut tingkap rumah maka persekitaran kau juga masih akan tetap kotor. Sampaikan orang luar tanya kenapa negara islam ni kotor-kotor belaka. Nak tegakkan syiar islam konon.

Kalau kau jenis tak reti bagi signal, tak reti tunggu lampu hijau dan tak reti guna seatbelt dan suka main phone ketika memandu, kadar kematian atas jalanraya yang berjumlah sekitar 7,000 orang setahun tu akan tetap tak berubah juga.

Kalau kau jenis yang tak reti guna lane yang betul untuk pandu perlahan atau laju, maka kalau kerajaan buat lebuhraya 12 lorong pun masih tetap akan jem sampai kiamat.

Kalau kau yang jenis berjanji pukul 8 datang 8.30 dan tak pernah hormati masa, jangan ada hati nak maju macam orang lain.

Apa gunanya kerajaan baru kalau hidup dan perangai kau masih tetap sama.

Jadi, kau ubahlah.

Buanglah mentaliti dunia ketiga atau mentaliti jamban tu dengan mentaliti kelas pertama.

Inilah masa yang sesuai.

Malaysia sekarang ini adalah untuk mereka yang mahu berubah.

KHAIRUL ABDULLAH

#jomubah
#mentalitimasihjamban