Tak Percaya Dengan Review Yang Ada, Kami Cuba Sendiri Fitbit Versa! Ini Ulasan Kami

GAYA HIDUP
December 19, 2018 - 11:44 AM


Kira-kira 6 bulan lalu, Fitbit memperkenalkan jam pintar terbaru mereka iaitu Fitbit Versa. Sebelum itu, mereka keluarkan Ionic. Kami tertanya, apa hebat-nya Fitbit ni? Kenapa bila keluar sahaja produk baru, pasti akan hit. Dalam masa sebulan, dah boleh nampak, mesti ramai yang pakai.

Kalau bukak portal-portal dan website yang ada, memang banyak yang dah tulis review Fitbit Versa ni, cuma kami agak kurang nak percaya. Jadi, kami cuba Fitbit Versa sendiri dan ini hasilnya!

Ada beberapa fungsi pada Versa yang boleh dikatakan tidak ada pada yang lain. Kita ambil contoh; menurut apa yang diiklankan, Fitbit Versa ada 15 perkara unik atau boleh dikatakan selling point mereka.

Untuk ulasan kami ni, kami akan pilih beberapa; dan bagi pendapat kami sendiri.

#1. Jangka Hayat Bateri Yang Panjang

Kebiasaan masalah yang ada pada smartwatch adalah jangka hayat bateri yang tak tahan lama. Kami uji Fitbit Versa selama seminggu, dan selepas 4 hari, barulah perlu dicas semula. Pelbagai aktiviti aktif kami buat sepanjang percubaan seminggu tu seperti main badminton, futsal termasuklah dengar lagu sambil berlari, tempoh baterinya memang tahan.

 

#2. Work-out Di Skrin

Ini antara yang paling awesome pada kami, kebiasaannya jam pintar hanya akan menujukkan nama senaman dan mula kira turun atau kira naik tempoh yang pemakai habiskan untuk satu-satu senaman. Fitbit Versa siap ada paparkan contoh work-out tersebut pada skrin! Ia juga akan bertindakbalas dengan pemakai dan memberikan rumusan pada setiap sesi senaman.

 

#3. Mod Senaman + Sambungan GPS

Ada 15 aktiviti sukan dan senaman yang terbina dalam bahagian exercise Versa ni. Antaranya, seperti biasa adalah larian, berjalan kaki, sesi treadmill, berbasikal, berenang dan banyak lagi.

Sesetengah jam pintar, tak mampu nak rekodkan renangan tau.

 

#4. Boleh Dibawa Berenang

Ini antara plus point yang kami rasa sangat menarik. Selain boleh dibawa sehingga kedalaman 50m, ia boleh mengira kalori yang terbakar dalam renangan serta merekodkan pusingan yang telah kita habiskan.

 

#5. Pengesanan Aktiviti dan Tidur Automatik

Tanpa perlu menekan mana-mana butang, Versa akan sentiasa merekodkan pergerakan aktiviti kita seharian. Ini termasuklah waktu tidur, pembakaran kalori dalam sehari, tangga yang dipanjat, masa dibawah cahaya matahari dan banyak lagi yang pada kami, sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan Fitbit untuk model ini.

 

#6. Pengesanan Kesihatan Wanita

Ini adalah salah satu fungsi yang pada kami sangat bagus dan khas untuk wanita iaitu Women Heath Trackker. 

Jadi, bila berjumpa doktor untuk check up, semua maklumat ada di tangan anda. Tak perlu nak bukak rekod atau apps telefon lagi.

Macam menarik kan? Memang kalau nak baca review, kami tak sangka yang ‘seketul’ jam mampu mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang boleh dikatakan mengubah gaya hidup se-seorang. 

Harga sekarang kalau nak diikutkan pasaran ialah bermula daripada RM998. Tapi tadi bukak Lazada; rupanya Fitbit tengah buat promosi! Promosi sempena Christmas yang dah bermula dari haritu lagi sebenarnya.... 

[ PROMOSI RM899.00 DI LAZADA SEMPENA PERAYAAN CHRISTMAS ]

Sempena perayaan Christmas yang akan tiba tak lama lagi, Fitbit rupanya ada buat promosi potongan terhadap produk-produk mereka di LAZADA. Salah satu model yang ada promosi semestilah Fitbit Versa dan model lain seperti Ionic, Charge 2, dan Alta HR.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sebijik ye. Sementara tengah murah ni, nanti menyesal pulak…

[ Promosi Fitbit Sempena Christmas ]

Tarikh : 23 Disember Hingga 25 Disember

URL Promosi: Klik sini!

Laman web rasmi: Klik sini!

Facebook Fitbit Malaysia :