Tambahkan 5 Jenis Makanan Ini Dalam Diet Anda Untuk Mencegah Kanser

GAYA HIDUP
January 22, 2018 - 04:50 PM


Kanser merupakan penyebab kematian nombor dua di negara barat. Kalau nak diikutkan statistik dunia, 1 daripada 6 kematian adalah disebabkan oleh kanser.

Boleh diperkatakan sepertiga daripada kematian disebabkan kanser adalah berpunca daripada gaya hidup dan risiko tingkahlaku seseorang. Sebagai contoh, berat badan berlebihan, merokok, minum alkohol, kurang bersenan dan kurang makan sayur dan buah-buahan.

Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan, nutrisi dan gaya hidup merupakan faktor yang menyebabkan sepertiga daripada kes kanser yang dicatatkan. Hakikatnya, ramai yang tahu pemakanan dan gaya hidup yang tidak elok ini mendedahkan mereka kepada kanser, namun ramai yang lambat bertindak dan tidak mahu mengubah gaya hidup mereka.

Terdapat beberapa garis panduan yang disediakan WHO berdasarkan kajian mereka untun mencegah kanser. Antaranya melibatkan pengambilan makanan yang kaya dengan buah-buahan serta sayur-sayuran.

Terdapat pelbagai makanan yang boleh mencegah kanser tetapi senarai ini adalah yang paling mudah dan disertakan dengan kajian secara saintifik.

 

#1. Bawang Putih dan Bawang Merah

Kandungan Allicin dan Allyl Sulphide dalam bawang boleh membuang toksin dalam badan.

Sulfur yang terdapat pada bahan tersebut mampu bertindak sebagai penghalang daripada berlakunya pengoksidaan yang boleh menyebabkan kanser.

 

#2. Tomato

Tomato mempunyai lycopene yang dikatakan mampu mencegah kanser prostat. Secara spesifik, ia mampu menghalang kerosakan pada DNA.

Masak tomato bersama minyak zaitun untuk meningkatkan kandungan lycopene, ia akan meningkatkan kadar penyerapan kedalam sel.

 

#3. Berry

Semua jenis berry mempunyai molekul anti-kanser seperti asid ellagic yang terkandung dalam raspberry dan juga strawberry. Blue berry pula mengandungi anthocyanidins. Kedua-dua unsur ini mampu menghalang protein yang menyebarkan kanser serta membentuk saluran darah yang baru.

 

#4. Cendawan

Beberapa kajian epidemiologi telah mendapati bahawa penggunaan cendawan biasa mengurangkan kadar kematian akibat kanser.

Cendawan Jepun seperti shiitake, maitake dan enokitake dibekalkan dengan lentinan, yang merangsang aktiviti sistem imun, pertumbuhan tumor yang perlahan danpenyebaran kanser. Mereka juga membantu merangsang pertumbuhan dan aktiviti sel darah putih.

Cincang cendawan dengan bawang putih, bawang dan basil dan sediakan pada roti bakar (wholemeal) untuk rangsangan anti-kanser.

 

#5. Parsley

Herba yang boleh didapati di mana-mana pasar raya ini tinggi dengan kandungan apigenin dan polifenol yang menghalang pertumbuhan sel kanser. Dua bahan ini menyekat angiogenesis iaitu pembentukan saluran daran dan mengurangkan proses keradangan.

Parsley boleh digunakan mentah atau dimasak untuk pelbagai masakan.Potong dan tambah kepada telur, atau gunakan sebagai hiasan pada sebarang hidangan.

 

Sumber : Telegraph UK