Tarikh Tayangan Aquaman 2 Dah Disahkan - Disember 2022!



Filem Aquaman yang mendapat sambutan luar biasa dan ‘pecah panggung’ nampaknya akan muncul dengan filem kedua yang setakat ini diketahui sebagai ‘Aquaman 2’.

Rabu lepas, DC dan Warner Bros. telah mendedahkan tarikh tayangan filem Aquaman 2 tersebut namun berita buruknya, peminat perlu menanti dengan sangat lama untuk sequel lakonan aktor pujaan wanita, Jason Mamoa tersebut.

“Aquaman 2 dah ada tarikh tayangan… Disember 16, 2022.”  - ringkas aje pesanan yang dimuat naik di twitter penulis The Holywood Reporter tersebut.

Peminat nampaknya berbelah bagi dengan berita ini, gembira sebab ada sekuel tapi ‘bengang’ sebab perlu menunggu sekurang-kurangnya 4 tahun untuk filem ke-2 Aquaman.

Setakat ini, peminat-peminat DC boleh sabar dulu sebab berderet filem yang akan mereka keluarkan. Antaranya, Joker – hujung tahun ini, Birds of Prey – Februari 2020, Wonder Woman – 2 Jun 2020, The Batman – 25 Jun 2021 dan Suicide Squad 2 – 6 Ogos 2021.

Sementara nak tunggu 4 tahun untuk Aquaman 2, jom layan babak terbaik dalam filem Aquaman :

Warner Bro. 'Payung' Trailer Kedua Detective Pikachu