Teknik Senaman Pantas Dapatkan Six Pack Tanpa Alatan Gym

GAYA HIDUP
January 03, 2019 - 01:17 PM


Bahagian perut kalau nak ikutkan adalah bahagian paling sukar nak ‘bentuk’ sebab ia berkait dengan pemakanan, kuantiti lemak pada badan dan pelbagai faktor lain. Tapi, itu semua bukanlah penghalang untuk kita cuba dapatkan bentuk badan idaman.

Kebiasaannya, para lelaki mahupun perempuan diluar sana akan ke gym untuk dapatkan latihan yang bersesuaian. Tapi tahu tak sebenarnya, tak perlu ke gym pun kalau nak dapatkan six-pack.

Dengan senaman mudah dan pantas ini, dapatkan six pack idaman korang tanpa perlu ke gym!

 

#1. Vertical Leg Crunch

Kalau korang yang jenis ‘newbie’ dan tak pernah lakukan sebarang latihan, pergerakan ini mungkin agak susah pada permulaan. Lama-kelamaan korang akan biasa lah.

Caranya :

Ambil posisi baring

Pegang belakang kepala dengan kedua tangan

Angkat kedua dua kaki ke atas, tahan beberapa saat

Turunkan kembali dan ulangi sampai yang korang larat.

Tips, mulakan dengan angka sedikit contoh 10 kali, kendian tingkatkanlah ikut suka.

 

#2. Jacknife Sit-Up

Latihan ni adalah satu level atas daripada sit-up. Ia sangat effektif untuk bentukkan otot pada perut dan kalau korang buat nanti, ia akan target keseluruhan perut iaitu atas, bawah dan tengah.

Caranya :

Ambil posisi baring

Angkat kaki dan tangan secara serentak, luruskan tangan, cuba sentuh hujung kaki

Turunkan sehingga posisi baring, ulang semula gerakan.

Lakukan dalam 15 kali, dan ulang sebanyak 4 set.

 

#3. Plank

Kalau tak larat nak buat dua yang atas tu, boleh mulakan dengan plank dulu. Pergerakan yang sangat ringkas sebab korang hanya menahan berat badan dan ia fokus pada perut korang.

Caranya :

Posisi push up

Siku ke lantai, kaki lurus ke belakang. Nak selesa, gunakan kasut

Masa lakukan plank, punggung kena lurus

Buat dalam beberapa minit, rehat, buat semula. Tingkatkan ikut kesesuaian

 

#4. Sit Up

Paling efektif, paling menjadi untuk dapatkan six pack. Kalau nak lebih manfaat, tambahkan beban.

 

#5. Bicycle Maneuver

Secara personal, kitorang bersetuju yang ini agak intense sikit daripada sit up biasa dan ramai coach yang suggest buat bicycle ni untuk dapatkan six pack dengan cepat. Sebab dia target perut secara keseluruhan. Tak percaya, cubalah.