Teori Saintifik The Flash Dari DC Universe Dan Kaitannya Dengan Albert Einstein

GAYA HIDUP
October 26, 2018 - 03:03 PM


Bagi peminat The Flash hari ni kami nak kongsi sikit teori saintifik berkenaan kuasa The Flash dan macam mana dengan kuasanya, dia dapat merentasi masa.

Hero The Flash dari DC Universe sangat terkenal dengan kuasanya yang pantas berlari. Kepantasannya yang menghampiri kelajuan cahaya ini (pernah juga sampai melebihi kelajuan cahaya) telah memperlihatkan kepada kita dia mampu melalui pengembaraan masa.

Idea kuasa The Flash dan pengembaraan masa dapat dijelaskan melalui Teori Relativiti Khas yang popular diusulkan oleh Albert Einstein pada tahun 1905.

Tahun ini merupakan tahun keagungan Einstein sebab dalam tempoh setahun ini saja, dia telah terbitkan 4 buah jurnal saintifik dan keempat-empat ini telah memberikan impak yang cukup besar dalam dunia fizik. Inilah sebab kenapa Einstein menjadi simbolik 'genius'.

Salah satu ideanya adalah Teori Relativiti Khas (Special Theory of Relativity). Dalam idea ini, secara umumnya Einstein mengusulkan bahawa masa adalah relatif dan tidak mutlak (absolute).

Kalau kita berlari di atas kereta api yang sedang bergerak, larian kita akan lebih laju sebab kelajuan kita didukung (supported) oleh kelajuan kereta api. Tetapi benda ini tak berlaku pada kelajuan cahaya.

Kalau cahaya bergerak di atas kereta api, kelajuan cahaya tetap sama dalam pelbagai keadaan sekalipun. Kereta api bergerak ke, kereta api tak bergerak ke, kelajuan cahaya tetap begitu.

Dalam teori ini juga, kalau kita bergerak menghampiri kelajuan cahaya, masa kita akan menjadi lebih lambat berdasarkan pemerhati lain.

Contohnya, katakanlah jam The Flash berada pada pukul 12.00 dan jam Batman pun pada pukul 12.00. Apabila The Flash mula bergerak lebih laju menghampiri kelajuan cahaya, jam the Flash akan menjadi lebih perlahan berdasarkan perspektif Batman.

Eksperimen ini pernah dibuat banyak kali dan telah dibuktikan benar. Jadi, tak hairanlah The Flash dapat ke masa depan sebab dia mampu bergerak menghampiri kelajuan cahaya sehinggakan perubahan masanya menjadi signifikan.

Kelajuan pergerakan The Flash tak akan memberikan signifikan kepada masa kalau kelajuan di bawah 75% kelajuan cahaya. Melebihi 75%, perubahan masa agak dramatik berdasarkan persamaan matematik relativiti.

Kenapa masa jadi perlahan apabila bergerak menghampiri kelajuan cahaya?

Di sinilah datang Teori Relativiti Umum (General Theory of Relativity). Dalam teori ini, semakin laju kita bergerak, jisim kita akan bertambah berat. Apabila jisim bertambah berat, graviti akan bertambah kuat akibat gangguan (distortion) ruang-masa yang agak signifikan.

Graviti yang kuat ini membuatkan masa kita lebih perlahan. Tuntas, macam inilah bagaimana The Flash dapat pergi ke masa depan. Masa The Flash jadi perlahan, tapi dunia di sekelilingnya menjadi lebih laju dan laju ke depan.

Lagi satu, kesan daripada pergerakan menghampiri kelajuan cahaya ini yang buatkan The Flash sukar dilihat. The Flash sukar dilihat bukan semata-mata sebab dia terlalu laju, tetapi sebab tubuh badannya menjadi 'mengecil' (contraction) apabila bergerak menghampiri kelajuan cahaya.

Tapi, bagaimana pula The Flash dapat kembara ke masa lalu? Tak dapat kerana ia telah melanggar banyak hukum alam dan terlalu banyak paradoks.

*****

Tambahan maklumat, kita tak boleh bergerak melebihi kelajuan cahaya atau sama dengan kelajuan cahaya sebab ia memerlukan tenaga yang infiniti. Tenaga infiniti ini tak dapat diberikan (supplied) oleh alam sebab hukum termodinamik. Jadi mustahil.

Nak tambah lagi; DC mewujudkan konsep 'Speed Force' bagi membolehkan The Flash menerima tenaga tak terhingga ini supaya dapat berlari melebihi kelajuan cahaya. 'Speed Force' adalah tenaga dimensi-extra yang berada di luar alam fizikal. Tuntas, The Flash dapat kembali ke masa lalu

-Zamir