Tetikus Berbentuk Kon? Ini Produk Sebenar Dan Bukan Lawak ‘April Fool’.

GAYA HIDUP
April 02, 2018 - 11:54 AM


Tanggal 1 April setiap tahun merupakan hari yang paling ‘seram’ di seluruh dunia. Mana tidaknya, ramai yang bersedia untuk memperbodohkan kawan dengan sesuatu yang pelik-pelik.

Tapi, sekiranya kawan anda cakap ada tetikus berbentuk kon, itu bukanlah gurauan ‘april fool’ ye.

CONE rekaan Inyeop Baek ini merupakan penyelesaian yang dikatakan meringkaskan fungsi dan kegunaan tetikus untuk komputer korang dan mengurangkan kesakitan yang korang selalu alami kalu guna mouse biasa jika terlalu lama. 

Kelihatan agak janggal jugak sebenarnya bila gunakan tetikus bentuk lain selain yang selalu kita gunakan, tetapi dengan ruang permukaan yang memanjang, reka bentuk tetikus CONE ini direka bagi memberikan keselesaan dan gaya yang minimalis.

Dengan scroller yang terletak dibawah kedudukan ibu jari, rekaan tetikus berbentuk kon ini tak mustahil dapat mengantikan penggunaan mouse berbentuk biasa yang sedia ada di pasaran sekarang.

Walaupun dikatakan aka nada pengguna yang kurang senang dengan kedudukan butangnya, tapi dari segi biologi rekaan tetikus ini mengikut bentuk semulajadi tangan dan secara tidak langsung menjanjikan keselesaan.

Masih mengekalkan fungsi sama pada tetikus, kedudukan sensor terletak di bahagian bawah kon dan ia juga boleh disambungkan kepada Bluetooth.

 

Credit Photo : Inyeop Baek