Tiada lagi Model iPhone X di Keluarkan Selepas Ini

GAYA HIDUP
July 13, 2018 - 12:44 PM


Bagi pengguna iPhone X sekarang anda mungkin generasi terakhir pengguna iPhone X. Ini kerana berdasarkan laporan daripada BlueFin Research, iPhone X mungkin tidak lagi akan disambungkan pengeluaran sejurus pelancaran model terbaru iPhone pada tahun ini. Hal ini kerana Apple mahukan pengguna mendapatkan model terbaru berbanding mendapatkan iPhone X.

Walaupun harga iPhone X boleh di katakan antara iPhone termahal sehingga mencecah RM5,000 nampaknya bukan masalah bagi jenama ini setelah iPhone berjaya tersenarai sebagai lima model smartphone terlaris pada tahun ini.

credit photo: ExtremeTech

Selain iPhone X, iPhone SE bakal turut menerima nasib yang sama setelah dua tahun di dalam pasaran. Ura-ura mengenai iPhone SE 2 yang bakal menawarkan pengguna dengan iPhone bersaiz kecil dan berkuasa tinggi ini juga dikatakan bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Sekiranya laporan ini benar, jelas Apple nampaknya memang yakin dengan pengeluaran model terbaru mereka yang bakal dilancarkan pada September ini. Difahamkan dua atau tiga model bakal dilancarkan Apple meliputi iPhone X 2018 serta iPhone X Plus.