Tip Penjagaan Kasut Mudah Untuk Kasut Tahan Lebih Lama

GAYA HIDUP
February 22, 2018 - 03:30 PM


Baik lelaki mahupun perempuan, aksesori utama yang ramai tersilap langkah terutamanya bab penjagaan adalah kasut. Kebiasaannya, setiap kasut mempunyai kegunaannya yang tersendiri dan spesifik. Sebagai contoh, kasut untuk ke pejabat, running shoes dan sebagainya.

Kebiasaannya, teknik penjagaan kasut ini tidak sama seperti baju dan barang-barang lain. Ramai yang tersilap langkah dalam teknik yang betul untuk penjagaan kasut. Akibatnya, kasut mudah rosak, lusuh, tidak tahan dan akhir sekali terpaksa dibuang.

Untuk anda yang tidak tahu, ini ada teknik asas penjagaan kasut yang penting supaya ianya tahan lama dan tidak mudah rosak.

  1. Basuh/Lap Seminggu Sekali

Kebanyakan orang akan membiarkan kasut yang kotor sehingga kering, lagi-lagi selepas kena hujan. Jangan selalu buat! Sebabnya tindakan ini sebenarnya menyukarkan kita untuk membersihkan kasut ini.

Walaupun anda telah menyembur cecair kalis air atau sneaker yang materialnya kulit, bahagian tali dan jahitan kasut tetap boleh menyerap air dan kotoran.

Ini boleh menyebabkan kasut kesayangan kita tu berubah warna. Nasihat kami, basuh atau lap kasut tersebut sekurang kurangnya seminggu sekali menggunakan tisu basah ataupun kain lembab.

 

 

  1. Gunakan Semburan Kalis Air

Semburan kalis air sangat berguna jika anda keluar atau ke tempat kerja. Lagi-lagi jika anda menaiki motorsikal dan material kasut anda adalah kain. Material seperti suede atau nubuck memang mudah untuk menyerap air dan kotoran.

Jadi, adalah tindakan yang bijak sekiranya anda menyembur kasut anda dengan semburan kalis air. Sekurang-kurangnya tidak cepat kotor.

Untuk hasil yang lebih memuaskan, sembur dan tinggalkan semalaman supaya ianya betul-betul kering. Ulangi langkah ini dua hingga tiga lapisan.

Oh, pastikan semburan terkena pada semua permukaan kasut ye, belah tapak tu tak payah la nak sembur… Membazir je…

Antara produk yang boleh didapatkan di pasaran...
  1. Simpan Kasut Dalam Kotak

Mesti ramai yang tersilap langkah bukan? Kotak kasut anda tersebut jangan dibuang, sebaliknya boleh digunakan untuk menyimpan kasut.

Jika anda tinggalkan kasut di rak, ia hanya mengumpul debu dalam setiap kedutan dan rekahan kasut. Melainkan anda rajin untuk lap semua kasut anda setiap hari.

Kotoran yang melekat pada rekahan dan kedutan kasut ini sebenarnya mempercepatkan kasut ini untuk rosak.

Cara terbaik, simpan dalam kotak dan pastikan ia bertutup dengan betul. Tapi, sebelum simpan, pastikan kasut tersebut adalah kering lah ye.