Tips Kurangkan Tekanan Di Tempat Kerja

GAYA HIDUP
December 28, 2018 - 12:30 PM


Sedar tak sedar, kita dah berada di penghujung tahun 2018. Minggu depan, tinggal hari Isnin, kendian bukaklah buku baru untuk tahun 2019. Menjelang 2019 ni, elok rasanya kita ada azam baru, kalau kerja pulak, kita kenalah tingkatkan produktiviti. Betul tak?

Kerja boleh dikatakan rutin dan perkara yang utama dalam kehidupan kita seharian. Tak kiralah dimana atau jawatan apa, yang penting semua orang ada pekerjaan masing-masing. Bila bercakap soal kerja ni, tipulah kalau kita tak stress. Sampai ada yang nak cari kerja barulah

Tanyalah mana-mana kawan-kawan korang, mesti diorang akan ada tekanan sendiri melibatkan kerja . Tak kiralah tekanan tu diterima daripada rakan sekerja ke, pegawai bawahan ke, pegawai atasan ke, apa-apa sahajalah.

Jadi, memandangkan nak masuk tahun baru ni, kita lengkapkan diri dulu untuk hilangkan stress di tempat kerja untuk tahun hadapan ni. Hehe. Jangan sampai ada tanda-tanda korang nak diberhentikan kerja pulak nanti sebab stress. 

Ini yang korang boleh lakukan untuk kurangkan stress di tempat kerja :

#1. Cari Kawan Rapat

Selalunya, kita jadi stress bila kita tak bergaul dengan rakan sekerja. Kena pulak kerja melibatkan team, tapi team tak sekepala. Bila ada ‘geng’ yang rapat, sekurang-kurangnya korang boleh la berkongsi suka-duka kerja korang tu.

Tapi ingat, kena ada limit. Jangan sampai cerita dalam selimut pun korang share.

 

#2. Hias Meja Kerja

Ha, disebabkan opis adalah tempat yang korang akan habiskan masa seharian. Maaflah kalau korang kerja yang tak masuk office. Tapi, dekat sini apa yang nak disampaikan adalah korang kena selesakan diri dekat office tu macam rumah korang sendiri.

Hiaslah ikut suka, asal tak melanggar undang-undang syarikat. Misal kata, letak gambar perkahwinan ke, nak letak mafla pasukan bola kegemaran ke, akuarium kecik ke. Up to you. Hehe.

 

#3. Buat Benda Baru

Kebiasaannya, bila kita dah ‘in the zone’ masa kerja ni, kerap kali kita akan abaikan apa yang terjadi di sekeliling. Ada yang kadang-kadang tu, makan pun tak sempat sebab terlalu fokus.

Cubalah buat benda baru dekat office, macam contoh ajak bersukan ke. Ajak pegi makan-makan ke. Selain tu, korang boleh komunikasi jugak antara department lain.

 

#4. Jangan Libatkan Masalah Peribadi

Ini antara big NO. Jangan sesekali libatkan masalah peribadi dengan apa yang berlaku di ofis. Kadang kala, bila kita terlalu memikirkan tentang masalah peribadi, produktiviti di office pun akan terganggu. Sudahnya, masalah peribadi tak selesai, kerja dekat pejabat tak kemana.

 

#5. Selalu Bergerak

Ha, ini ramai yang boleh cuba. Rajinkan diri bergerak dalam ofis. Tapi, bukan bergerak bermaksud korang pegi mengular. Bergerak dekat sini adalah kroagn setidaknya keluarlah ofis sekejap, hirup udara, tengok pokok, kendian masuk balik. Jangan sampai berejam pulak keluar. Amboi!

Boleh jugak cuba senaman ringan dekat meja korang tu. Main game dekat handphone tak dikira senaman eh, walaupun jari bergerak. Hehe.

Itu sahaja tips perkongsian untuk kurangkan stress di pejabat. Kitorang tak stress sangat sebab biasa dah buat perkara-perkara ni dekat pejabat. Tak percaya? Meh la melawat office kitorang =)