Tips Untuk Korang Yang Tengah Patah Hati



Jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan, jadi kalau percintaan tu terputus ditengah jalan, redhalah. Walaupun bukan mudah, tapi nak tak nak korang kena move-on. Jangan sampai emosi terganggu teruk dan korang jadi depress pulak.

Kalau korang terjebak atau tengah ‘patah hati’ ditinggalkan girlfriend atau boyfriend, jangan bersedih sangat. Bak kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Ada beberapa perkara yang korang boleh try kalau tengah heart broken ni sebenarnya, bacalah dulu, mana tahu dapat mengurangkan kepatahan hati korang tu.

Jom move-on; baca ye!

 

#1. Solo Travel

Survey tiket flight, kalau korang nak keluar negara. Book Airbnb, kalau nak jimat.

Pokoknya, pergilah travel. Kemana saja yang korang nak. Tapi seeloknya pergilah tempat yang tenang, boleh korang chill-chill lupakan segala duka. Mana tau terjumpa jodoh. #eh

Antara tempat yang best untuk solo travel, korang boleh usha dekat sini : 5 Tempat Terbaik Untuk Solo Travel

 

#2. Sibukkan Diri

Toksah tengok sangat phone tu. Busykan diri dengan program amal ke, bersukan, karaoke dan sebagainya. Kalau nak keluar, janganlah ke tempat-tempat yang korang pernah ber-dating dulu. Nanti lagi susah move-on, asik teringat je.

At least, dengan cara sibukkan diri; korang dah tak perlu fikirkan pasal ex korang tu.

 

#3. Jangan Gunakan Orang Lain

Ini BIG NO!

Korang patah hati, habis nak libatkan orang lain kenapa? Jangan gunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri, hormati perasaan orang lain tu.

Melainkan korang betul nak serius, teruskan.

 

#4. Jangan Mereput Sengsorang

Pendam masalah bukan satu penyelesaian bro/sis. Cari kawan yang kita percaya, kongsi dengan dia. Mana tahu, dapat nasihat yang berguna. Ajak kawan buat aktiviti berfaedah, road trip misalnya. Sekurang-kurangnya, korang ada kawan yang mampu ‘membahagiakan’.

Walaupun bahagia tu tak sama masa dengan ‘dia’ dulu.

 

#5. Luah, Tanya Pendapat Orang Lain

Lebih kurang dengan point nombor 4. Pokoknya, korang kena luahkan apa sebenarnya yang terbuku dihati tu. Jangan simpan sorang-sorang.

Lagi elok, ceritakan pada ibu-bapa. Diorang dah berpengalaman. Manalah tahu, silap-silap diorang dah ada calon pengganti. Ha… siapa tahu kan.