Tips Untuk ‘Detox’ Dari Ketagihan Smartphone

GAYA HIDUP
August 06, 2018 - 05:02 PM


Sekali sekala, kita perlu ‘detox’ tubuh badan kita untuk mengekalkan kesihatan badan. Detox adalah perlu untuk membuang segala toksin dalam badan. Namun, itu hanya ada untuk kesihatan tubuh badan. Macam mana dengan kesihatan mental?

Bolehkan mental boleh di detox? Jawapannya boleh. Untuk kali ini, detox untuk penggunaan dan ketagihan terhadap smartphone.

Peningkatan penggunaan smartphone yang berlebihan telah diakui melalui beberapa siri kajian menganggu sedikit sebanyak hubungan kekeluargaan, dan lebih teruk lagi membawa kepada kemurungan.

Selalunya, penggunaan atau ketagihan smartphone ini berkait rapat dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi. Dari sudut pandang negatif; terlalu banyak masa di media sosial sedikit sebanyak menganggu hubungan antara keluarga, sahabat handai, pekerjaan dan sebagainya.

Jika anda nak mengurangkan penggunaan smartphone; ini ada tips yang berguna untuk membantu anda detox daripada penggunaan smartphone ini.

#1. Penjadualan Penggunaan Telefon

Tidak dinafikan, banyak perkara yang kita boleh lakukan menggunakan telefon pada hari ini. Tapi kena pastikan telefon tu ada ‘data’ atau kredit lah. Kalau tak pun, sambungkan kepada Wifi.

Menurut Steven Sussman; profesor perubatan pencegahan, psikologi dan kerja sosial di USC, walaupun agak sukar untuk langsung tidak menggunakan telefon tetapi kita mampu menghadkan pengunaannya.
Sebagai contoh, tetapkan dalam 15 minit berapa kali kita nak check telefon kita. 5 kali sebagai contoh. Kalau dah sampai limit, kita tunggu 15 minit lagi.

 

#2. Tutup Notifikasi

Menurut Professor di San Francisco State University, ketagihan terhadap gajet dan dunia digital bukanlah berlaku disebabkan salah pengguna; ia lebih kepada industri teknologi yang terlalu mengejar keuntungan.

Push notification, vibration dan beberapa notifikasi yang ada pada telefon bimbit telah membuatkan pengguna mahu melihat skrin telefon secepat mungkin apabila sebarang notifikasi masuk.

Apa yang kita boleh lakukan disini adalah mematikan notifikasi dan terus fokus dalam melakukan tangunggjawab harian tanpa ada gangguan daripada aplikasi mahupun perkara yang tak begitu penting.

 

#3. Jangan Gunakan Telefon Sewaktu Makan

Cara yang paling efektif untuk menghadkan penggunaan telefon ialah dengan cara tak menggunakannya sewaktu makan. Tak kira sama ada lunch ataupun waktu makan malam bersama keluarga.

Selain dapat menigkatkan fokus kepada individu-individu di sekeliling kita waktu tersebut, secara tak langsung kita dapat menghabiskan masa yang lebih dengan keluarga dan kawan-kawan.

 

#4. Henti Gunakan Media Sosial

Cara ini mungkin kedengaran agak radikal, namun menurut kajian yang dilakukan, semakin sedikit akaun sosial media yang seseorang itu ada, semakin berkurangan gangguan mental dan pengguna akan lebih gembira.

Kalau gunakan untuk networking, business dan sebagainya, rasanya masih releven. Sekiranya tak mampu nak buang semua sosial media, kurangkan media yang ada.

 

#5. Charge Telefon Di Bilik Berlainan

Jika nak hadkan penggunaan telefon itu agak sukar pada waktu siang, iyelah kebiasaannya email dan mesej yang mustahak terutamanya berkaitan dengan kerja akan masuk.

Cara yang mudah adalah caskan telefon di bilik lain ketika di rumah. Secara tak langsung, kita akan habiskan masa lebih banyak di rumah bersama keluarga daripada bermain dengan telefon.