Tomb Raider Reborn - Alicia Vikander Ganti Angelina Jolie

GAYA HIDUP
September 19, 2017 - 11:02 AM


Sebut sahaja Tomb Raider, atau Lara Croft, mesti kita teringat akan lakonan hebat Angelina Jolie dalam filem aksi popular pada tahun 2001 itu. Walaupun filem tersebut dikritik teruk kerana plot dan aksi yang seperti dibuat-buat.  Sekuel kedua filem tersebut The Cradle of Life keluar pada tahun 2003.

Tomb Raider ni sebenarnya cerita berkisar tentang seorang ahli arkeologi, Lara Croft yang suka travel dan mencari artifak serta harta yang tersembunyi.

Kalau kaki game pulak, mesti korang tahu yang Lara Croft atau Tomb Raider ni sebenarnya filem yang diadaptasi daripada sebuah siri video game aksi yang dicipta oleh syarikat Core Design.

Bagi peminat game atau movie Tomb Raider ini, anda pasti teruja dengan poster filem Tomb Raider yang dikeluarkan oleh Warner Bros Picture. Poster teaser ini dikatakan memaparkan watak Lara Croft yang memegang kapak, seperti yang terdapat dalam permainan video.

Cuma kali ini, bukan lagi Angelina Jolie, wataknya telah digantikan oleh Alicia Vikander. Beliau yang sebelum ini pernah membintangi filem seperti Jason Bourne, The Man from U.N.C.L.E, dan pelbagai lagi filem.

Filem Tomb Raider ini diterajui oleh pengarah Norway, Roar Uthaug, akan melihat Vikander membawa watak Lara Croft,sebagai seorang remaja berusia 21 tahun yang tinggal di London. Dihantui oleh kematian ahli arkeologi (Dominic West) yang juga merupakan bapanya, lalu terus melakukan misi mencari bapanya itu dengan menempuhi pelbagai halangan yang berisiko tinggi. 

Filem ini akan berada dipawagan pada March 2018. 

 

Harapnya Alicia dapat membawa watak Lara Croft dengan berjaya dan teruskan legasi Lara Croft ni…